Filem Cereka
A|B|C|D|E|F|G|H|I|J|K|L|M|N|O|P|Q|R|S|T|U|V|W|X|Y|Z
Filem cereka (cerita
rekaan) lazimnya mengambil masa tayangan lebih kurang 90 minit dan
kebanyakannya ditayangkan di pawagam atau dewan tertentu
yang dapat memuatkan ramai penonton. Sejarah filem Malaysia (dahulu
dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya) bermula seawal tahun 1920 di mana
beberapa buah filem dokumentari telah diterbitkan. Namun sejarah
filem cereka hanya bermula pada tahun 1933 di mana filem Laila
Majnun berjaya diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical. Filem
arahan pengarah dari India, BS Rajhans itu berdasarkan hikayat
cinta dari timur tengah di mana pelakon bangsawan M. Suki
memegang peranan sebagai Majnun. Sejak itu pembikinan filem
cereka telah berkembang pesat dengan kemasukan penerbit
bersaudara Shaw dari China. Kegiatan perfileman ketika itu
berpusat di Singapura.
Senarai lengkap
filem cereka disusun mengikut abjad (lihat atas) dan tahun
tayangan (lihat kanan)
*
Jumlah keseluruhan filem cereka yang disenaraikan ialah sebanyak
868 buah judul filem
Filem
Pendek
Filem pendek
lazimnya mengambil masa tayangan yang lebih singkat berbanding
filem cereka. Kebanyakan filem pendek mengambil masa tayangan
kurang daripada 60 minit. Tiada
jangka masa minimum yang ditetapkan untuk jenis filem sebegini. Ada yang
mencapai 30 minit, 10 minit, malah 1 minit. Oleh kerana had masa
tayangan yang singkat, isi kandungan filem pendek juga
terbatas. Filem pendek berkait rapat dengan elemen eksperimen dan
ia tidak mementingkan penceritaan yang padat.
Terdapat juga filem pendek yang bersifat seperti filem cereka
namun aspek penceritaannya tidak merumitkan dan agak ringkas.
Biasanya filem pendek tidak ditayangkan di pawagam
kerana selain masa tayangan yang singkat, format filem pendek
juga tidak sesuai untuk tayangan di layar perak (bersesuaian
juga dengan kos pembikinannya yang sedikit). Biasanya filem
pendek dihasilkan oleh penuntut jurusan seni filem dan individu yang
berminat untuk mengembangkan bakat seni filem mereka.
Lihat senarai
Filem Pendek
Dokumentari
Dokumentari
merupakan jenis filem terawal dihasilkan di Malaysia iaitu
sekitar tahun 1920-an. Selain filem pendek, dokumentari juga
biasanya mengambil masa tayangan yang singkat berbanding filem
cereka dan ia juga biasanya tidak dihasilkan untuk tayangan di pawagam. Dokumentari bersifat merakamkan sesuatu peristiwa atau
tajuk-tajuk khusus yang dilihat penting dan bakal menjadi bahan
sejarah sesebuah negara. Dokumentari juga menjadi bahan kajian
ilmiah dan sumber rujukan alternatif selain bahan-bahan bacaan
yang sering menjadi rujukan utama. Selain itu dokumentari juga
sering dijadikan bahan propaganda pihak tertentu dan selalu
juga berjaya mempromosikan sektor pelancongan dan budaya
sesebuah negara. Oleh kerana matlamatnya bukan untuk hiburan
atau bereksperimen, maka dokumentari lebih cenderung dihasilkan
oleh agensi kerajaan dan syarikat korporat umumnya.
Lihat senarai
Dokumentari
Telefilem (TV)
Telefilem
merupakan sejenis karya cereka seperti filem juga tetapi ia
khusus untuk tayangan di televisyen sahaja. Medium penggambaran
telefilem pula biasanya menggunakan format video yang
kemudiannya boleh dipindahkan ke bentuk filem sekiranya perlu
ditayangkan di pawagam. Dari aspek penceritaan pula,
telefilem kadang kala mengatasi filem cereka hanya kerana satu
kelebihan iaitu kurangnya halangan dalam penceritaan di mana
kepelbagaian skrip boleh dilhasilkan hasil daripada kurangnya
tekanan untuk menarik penonton mengunjungi pawagam.
Antara kelebihan lain telefilem berbanding filem cereka adalah kos
pembikinannya yang sedikit serta kurangnya bebanan tugas
disebabkan saiz penerbitan yang kecil.
Lihat senarai
Telefilem (TV)
Video (VCD)
Telefilem
dihasilkan dan dijual kepada stesen televisyen untuk mendapatkan
pulangan. Ia biasanya tidak dijual kepada orang ramai. Walau
bagaimanapun, terdapat juga karya cereka tertentu dihasilkan
dalam format video semata-mata untuk dijual kepada orang ramai.
Biasanya filem-filem sebegini memaparkan cerita
yang agak berbeza daripada yang sering disiarkan di kaca
televisyen. Sesetengah stesen televisyen tidak akan menayangkan jenis filem tertentu
(contohnya ganas dan seram), oleh itu penerbit filem video lebih
cenderung menjual
sendiri filem mereka kepada penonton yang berminat. Filem video
ini biasanya diedarkan dalam
bentuk cakera/pita video sama ada dalam format VCD, VHS atau DVD.
Selain dapat meneroka aspek penceritaan yang baru dan segar,
penerbit filem video tersebut juga
dapat bereksperimen selain mendapat pulangan yang berterusan
selagi filem tersebut dibeli penonton.
Lihat senarai
Video (VCD)
Karyawan, Seniman & Seniwati
Karyawan, Seniman dan
Seniwati filem Malaysia merupakan penggiat seni perfileman
sejati yang tidak pernah jemu berkarya dengan menghasilkan
khazanah filem bermutu secara konsisten di samping memberi nafas
baru di sepanjang perjalanan seni mereka demi menyaksikan
warisan filem Malaysia terus unggul di tangan generasi baru yang
penuh dengan semangat dan iltizam. Merekalah bintang-bintang filem hebat
yang terus menyinari dunia perfileman Malaysia dahulu, kini dan
akan dikenang selamanya...
Lihat
senarai
Karyawan, Seniman & Seniwati

|