Telefilem
merupakan sejenis karya cereka seperti filem
juga tetapi ia khusus untuk tayangan di
televisyen sahaja. Medium penggambaran telefilem
pula biasanya menggunakan format video yang
kemudiannya boleh dipindahkan ke bentuk filem
sekiranya perlu ditayangkan di pawagam. Dari
aspek penceritaan pula, telefilem kadang kala
mengatasi filem cereka hanya kerana satu
kelebihan iaitu kurangnya halangan dalam
penceritaan di mana kepelbagaian skrip boleh
dilhasilkan hasil daripada kurangnya tekanan
untuk menarik penonton mengunjungi pawagam.
Antara kelebihan lain telefilem berbanding filem
cereka adalah kos pembikinannya yang sedikit
serta kurangnya bebanan tugas disebabkan saiz
penerbitan yang kecil.
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.