Telefilem
(TV)
Judul:
SELEMBUT SAYAP RERAMA
Pengarah: FAISAL CHAL AHMAD
Judul:
ENOT
Pengarah: AZMAN YAHYA
Secara kebetulan terdapat dua buah drama swasta televisyen yang mempunyai persamaan tema mengenai
kisah pemandu kereta menyamar bos.
Drama pertama ialah Selembut Sayap Rerama arahan Faisal Chal Ahmad, keluaran Paradigmfilm Sdn.
Bhd., disiarkan menerusi slot Citra di TV1 RTM pada 3 Julai lalu.
Drama kedua pula ialah Enot arahan Azman Yahya, keluaran Radius One Sdn. Bhd., yang mengisi slot
Cerekarama di TV3 pada 6 Julai lalu.
Pada keseluruhannya kedua-dua drama penglipurlara itu memang menghiburkan penonton kerana ia
bercorak jenaka dengan mesejnya yang ringan.
Mesejnya ialah peringatan kepada masyarakat supaya jangan mudah terpedaya dengan sikap segelintir
lelaki pemandu yang menyamar bos untuk memikat gadis idamannya.
Plot drama sedemikian adalah berdasarkan tema lama yang digarap semula untuk renungan masyarakat alaf
baru kerana muslihat seperti itu adalah perkara yang tidak mengenal erti
noktah.
Cuma bezanya ialah bagaimana pendekatan untuk memperdaya
mangsa.
Lazimnya apa yang kita fikir ialah pemandu itu menyamar bos ketika di luar pengetahuan
bosnya.
Namun berbeza dengan kejadian pemandu menyamar bos di dalam drama Selembut Sayap Rerama dan
Enot.
Kedua-dua pemandu itu bukan mengambil kesempatan di atas kelemahan bos mereka, sebaliknya mereka
disuruh oleh bos untuk berbuat sedemikian.
Menerusi Selembut Sayap Rerama diketengahkan watak pemandu bernama Aman (Zul Yahya) yang disuruh
oleh bosnya, Mustafa (Zami Ismail) berlagak sebagai rakan kongsi bertaraf bos di Mustafa Holdings.
Mustafa menyuruh Aman berlagak bos ialah bertujuan untuk membantu Aman bagi memikat Suraya
(Intan Azura Sulaiman), gadis setiausaha baru bos di pejabat syarikat
itu.
Suraya yang kebetulan bertugas di pejabat itu ialah kekasih lama Aman sewaktu di kampung dahulu yang
tidak direstui oleh Mak Ida (Afida Es), ibu Suraya.
Rahsia terbongkar apabila adik Suraya, Niki (Nasreen Ngasri) terserempak dengan Aman yang menjalankan
tugas sebenar sebagai pemandu kereta bosnya.
Menerusi Enot pula rahsia Joned (Isma Alif) terbongkar sebagai pemandu ialah pada hari persiapan
perkahwinannya dengan Ona (Sharifah Sahora), anak Cik Odah Gelang (Norlia
Ghani).
Rahsia siapa sebenarnya bos diketahui gara-gara dompet kepunyaan bos muda, Salleh Datuk Kassim
(Shamsul Ghau Ghau) ditemui oleh Oni (Sheila Rusly) kakak Ona.
Salleh digambarkan sebagai bos muda yang merendah diri menyamar orang biasa untuk mencari bakal isteri
itu pergi ke tempat Joned di Kampung Tombong Kelapa.
Dompet itu tercicir di jalan raya ketika Salleh membantu Joned bergaduh dengan tiga orang pemuda nakal
kampung yang diketuai oleh Talib Gagap (Arash Mohamad).
Kisah Salleh yang terpikat kepada watak utama gadis bertubuh gempal yang malang bernama Enot
(Alliza Abdullah) tenggelam kerana persoalan Joned pemandu menyamar bos itu yang lebih ketara.
Sumber: Utusan Online
(15 Julai 2002)

|