Telefilem
(TV)
Judul:
ENAMORATA
Pengarah: ZEK ZUKRY
Ulasan oleh:
Nazeri Nong Samah
Menonton secara sepintas lalu tanpa mengkaji apa yang tersirat di dalam drama swasta Enamorata sudah
pasti penonton akan menerimanya sebagai bahan hiburan ringan.
Ini kerana perjalanan keseluruhan drama berbentuk moden dan elit itu sentiasa segar dengan aksi pelakon
yang sempurna, selain muzik latar yang menghidupkan setiap
suasana.
Bagaimanapun Enamorata judul simbolik nama seekor kuda dalam drama itu sebenarnya cuba mendedahkan
budaya korporat songsang yang kian menular di dalam masyarakat
kita.
Enamorata arahan Zek Zukry dan skrip oleh Ismail Ahmad itu disiarkan menerusi slot Cerekarama TV3 pada
13 Julai lalu.
Apakah simbolik nama kuda Enamorata itu kepada perangai manusia yang rakus dan bernafsu besar seperti
haiwan itu?
Mungkin juga Enamorata ada maksud lain, atau sekadar bunyinya yang pelik sedikit bagi memancing
penonton?
Pun begitu Enamorata ialah nama kuda yang menjadi penghubung cinta manusia itu bukanlah perkara
pokok. Sebaliknya ia ingin menyampaikan mesej mengenai budaya songsang korporat muda yang kekal
menggunakan rasuah untuk mendapatkan tender.
Sinopsisnya bermula dengan kisah Lisa (Erni Sulastri) telah berkahwin dengan Azman
(Hani Mohsin) seorang pensyarah sebuah pusat pengajian tinggi.
Azman adalah seorang yang berwatak ego dan kurang memberi layanan kepada Lisa yang mengakibatkan
dirinya menjadi isteri kesepian tanpa belaian kasih sayang suami.
Sahabat mereka Shah (Arash Mohamad) dan June (Marrisa Yasmin) pula ingin mendapatkan tender kantin
di kolej Azman bertugas.
Azman juga masih mempunyai hubungan cinta dengan June dan skandal mereka di sebuah pusat
peranginan diketahui oleh Lisa apabila terserempak sendiri dengan insiden kotor itu sekali gus tambah
menyakitkan hatinya.
Shah dan June terus digambarkan sebagai korporat yang menganut budaya songsang kerana sanggup
berbuat apa sahaja tanpa mengira halal haram sehingga ke tahap rasuah batang tubuh kepada orang yang
berkuasa asalkan matlamat perniagaan mereka tercapai.
Mereka menghadiahkan Lisa seekor kuda bernama Enamorata untuk mengambil hati Azman sekali gus
menjadi oportunis yang kreatif mengeksploit keadaan tatkala melihat Lisa kesunyian tanpa aktiviti untuk
menghilangkan kebosanan harian.
Lisa belajar menunggang kuda dengan Budi (Kepten Mohd. Nor Bon) dan tanpa disedari lahir perasaan kasih
yang mendalam di antara mereka.
Suatu hari Subian, rakan Budi berniat serong memberi minum air yang mengandungi pil khayal kepada Lisa
yang datang sendirian ke rumah Budi. Belum sempat Subian mahu merogol Lisa yang sudah pengsan akibat
minum air tersebut, tiba-tiba terserempak dengan Budi.
Budi membelasah Subian sehingga rakannya itu cabut lari dan ketika Budi mahu membetulkan tubuh Lisa
yang terkulai di kusyen, tiba-tiba Azman pula yang datang.
Tanpa membuang masa, Azman yang cemburu dan salah sangka terus memberi penumbuk ke muka Budi
sehingga berdarah.
Budi tidak melawan dan kemudiannya diserahkan kepada polis, malah insiden itu dieksploit oleh Azman
supaya Budi dapat dipisahkan dengan Lisa sekali gus dihantar ke negara
asal.
Sumber: Utusan Online
(22 Julai 2002)

|