Telefilem
dihasilkan dan dijual kepada stesen televisyen untuk
mendapatkan pulangan. Ia biasanya tidak dijual
kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, terdapat
juga karya cereka tertentu dihasilkan dalam
format video semata-mata untuk dijual kepada
orang ramai. Biasanya filem-filem sebegini
memaparkan cerita yang agak berbeza daripada
yang sering disiarkan di kaca televisyen.
Sesetengah stesen televisyen tidak akan menayangkan
jenis filem tertentu (contohnya ganas dan seram),
oleh itu penerbit filem video lebih cenderung
menjual sendiri filem mereka kepada penonton
yang berminat. Filem video ini biasanya
diedarkan dalam bentuk cakera/pita video sama
ada dalam format VCD, VHS atau DVD. Selain dapat
meneroka aspek penceritaan yang baru dan segar,
penerbit filem video tersebut juga dapat
bereksperimen selain mendapat pulangan yang
berterusan selagi filem tersebut dibeli penonton.
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.