Zek,
playboy terkenal Universiti terpikat dengan kejelitaan pelajar
baru bernama Halimah. Walaupun berbagai-bagai cara dia cuba
merapatkan diri, tetap gagal memikat Halimah. Disebabkan terlalu
marah dan malu kerana reputasinya sebagai playboy tercabar, Zek
merancang untuk membalas dendam terhadap Halimah. Zek mengugut
kawan karibnya Wahid untuk memikat hati Halimah sehingga gadis
itu jatuh cinta, kemudian Wahid mesti memutuskan perhubungan itu
supaya mengecewakan hati Halimah.
Dengan senang, Wahid berjaya
tetapi dia juga menyedari Halimah seorang gadis yang baik lalu
Wahid semakin menyukainya tetapi pada harijadi Halimah, rahsia
permainan cinta Wahid diketahui Halimah. Disebabkan kecewa
dengan cinta pertamanya dan tragedi yang menimpa keluarganya,
Halimah terus menghilangkan diri sehingga lima tahun kemudian...
Wahid berjaya mencari Halimah
dan cuba-cuba untuk minta maaf dan sekali lagi cuba memikat
hatinya yang terluka. Mampukah api cinta Wahid memadam kebencian
cinta Halimah dalam Aku Cinta Padamu...?
Aku Cinta Padamu adalah sebuah
kisah cinta yang penuh dengan kemanisan, kekecewaan dan harapan...
Judul
telefilem: Aku
Cinta Padamu
Pengarah:
Tony Francis Gitom
Penulis skrip:
Tony Francis Gitom
Pelakon:
Nisdawati
Hasnol Rahmat
Julia Hana
Danny X-Factor
Kumpulan Aku Kaya
Penerbit:
Hock
Mariana Hashim
Syarikat penerbitan:
Boommax Sdn Bhd
A&A Pictures Sdn Bhd
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.