Aku
Kaya mengisahkan tiga adik-beradik yatim piatu; Yassan, Yassun
dan Yassin. Sebagai abang yang lebih tua, Yassan dan Yassun
berniaga ayam di pasar untuk menampung kehidupan mereka
sekeluarga. Sementara Yassin yang bongsu bertindak sebagai orang
yang mengendalikan hal ehwal rumahtangga.
Insiden-insiden yang melucukan
terjadi apabila permohonan Yassin untuk menyertai rancangan kuiz
"Aku Kaya" diterima. Banyak halangan dan dugaan yang
terpaksa ditempuhi oleh mereka tiga beradik.
Mampukah Yassan, Yassun dan
Yassin menghadapi semua rintangan yang ada? Berjayakah Yassin
membawa pulang wang tunai bernilai RM1 juta yang ditawarkan
kepada pemenang tunggal "Aku Kaya"?
Judul
telefilem: Aku
Kaya
Pengarah:
Murali Abdullah
Penulis skrip:
Mariana Hashim
Pelakon:
Yassin Yahya
Hamdan Ramli
Illya Buang
Jeslina Hashim
Ahmad Busu
Zaibo
Douglas Lim
Imuda
Jalaluddin Hassan
Nisdawati
Syura
Zulkifli Ismail
Kumpulan Def-Gab-C
Kumpulan X-Factor
Penerbit:
Mariana Hashim
Frankie Cheah
Syarikat penerbitan:
Boommax Sdn Bhd
A&A Pictures Sdn Bhd
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.