Amukan Puaka mengisahkan lima
orang pelajar Universiti daripada Kuala Lumpur datang ke rumah
panjang kaum dayak Selako yang terletak di sebuah perkampungan
terpencil iaitu Kampung Pueh, Sematan, Lundu di negeri Sarawak.
Semasa membuat kajian adat istiadat kaum itu, mereka
terperangkap di dalam rumah panjang lama tanpa penghuni. Mereka
dirasuk puaka dan diganggu hantu kubur. Mereka mengalami
pelbagai petanda buruk, kejadian seram dan menakutkan sehingga
membawa kepada pergaduhan, pembunuhan misteri dan kematian
tragis. Apakah kesudahannya bagi lima orang pelajar tersebut
yang terpaksa menempuh alam puaka yang tidak pernah mereka temui
dalam hidup...
Judul
telefilem: Amukan
Puaka
Pengarah:
Fairuz Loy
Penulis skrip:
Nasrizal Ngasri
Pelakon:
Serina Redzuawan
Khaeryll Benjamin (Benjy)
Sharifah Aleya
Md Eyzendy Md Aziz
Nasrizal Ngasri
Hazis Wahab
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.