"Tidak
kira siapa anda, di mana anda berada, ada 'Champion' di dalam
diri anda"
Sood dipaksa oleh emaknya
supaya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan (jaga)
setelah gagal bertahan di tempat-tempat kerja sebelum itu,
tetapi sekali lagi dia berhenti apabila terjumpa hantu di tempat
kerjanya. Nasib malangnya berakhir apabila dia bertemu Ah Kit,
seorang jaguh snuker pada suatu masa dahulu, sebelum tangannya
dipatahkan oleh Tam Chong, dan isteri Ah Kit pula meninggal
dunia akibat terpijak bola snuker. Setelah bertemu Sood, Ah Kit
kini pasti bahawa Tam Chong dapat dikalahkan. Walaupun Sood
mulanya tidak yakin, tetapi kawan-kawan karibnya, Sentol dan Man
Kok, serta teman wanitanya, Su tidak putus-putus memberikan
sokongan. Adakah Sood akan berjaya? Saksikan perjalanan hidup
Sood yang penuh dengan aksi-aksi kelakar di dalam Champion.
Judul
telefilem: Champion
Pengarah:
Saiful Mohd Lizah
Penulis skrip:
Fairuz Ghani
Pelakon:
Saiful Apek
Raja Azura
Bob KU2
Mohd Shoffi Jikan
Kher Cheng Guan
Kenji Sawahi
M. Rajoli
Khatijah Tan
Norlia Ramli
Yang Kassim
Roslan Yunalis
Kumpulan Aku Kaya
Penerbit:
Aesos Lai
Syarikat penerbitan:
Boommax Sdn Bhd
All Of Us Production Sdn Bhd
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.