Semenjak
dari kecil lagi, Tam digelar oleh budak-budak Parit Botak
sebagai Tam Gosok. Ini kerana Tam telah ditugaskan untuk
menggosok periuk oleh ibunya yang berniaga di warung makan.
Disaksikan oleh dua orang sahabat karibnya, Iman dan Bob, Tam
telah menanam cita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli muzik
dan penyanyi. Malangnya, impian Tam tidak mendapat sokongan ibu
dan bapanya, Jenab dan Dollah. Tam tidak patah semangat, malahan
dia tidak berhenti berusaha sehingga terciptalah lagu 'Gosok'
yang diilhamkan sewaktu dia sedang menggosok periuk. Berbekalkan
'demo tape' lagu ciptaannya, Tam dan Iman menuju ke Kuala Lumpur
untuk mengejar cita-cita masing-masing. Akhirnya Iman berjaya
menjadi seorang pelakon, tetapi bagaimana pula dengan Tam?
Judul
telefilem: Gosok
Pengarah:
-
Penulis skrip:
-
Pelakon:
Tam Spider
Nurul Iman (Boy)
Bob
Loloq
Bandi Amuk
Amar Crash
Aida Aris
Jalil Hamid
Haron Ahmad
Yusni Jaafar
Hamid Gurkha
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.