"Orang
yang tidak mematuhi peraturan permainan pasti akan dibunuh"
Anis, seorang
pengaturcara di sebuah syarikat komputer cuba menyiasat kematian
sahabat baiknya, Nurafizah setelah menyertai satu permainan di
laman webnya. Dengan pertolongan rakan sekerjanya, Rafiqi yang
turut sama menyertai permainan yang dinamakan 'Laman Maut' ini.
"Siapa hendak jadi jutawan...?" mengundang minat semua
peserta dari seluruh negara yang ditawarkan di internet.
Penyertaannya berdasarkan mereka yang sanggup menghadapi cabaran.
Sebanyak 12 peserta sahaja yang terpilih di antara ribuan
penyertaan. Permulaan permainan dimulakan di sebuah rumah yang
jauh di pendalaman, dan mereka dipertemukan dengan seorang
lelaki yang mengacarakan permainan ini. Pengacara itu akan
memberikan peraturan permainan ini: "mati" atau wang
"RM1 juta"...? Walau bagaimanapun, hanya seorang
sahaja di antara mereka akan terpilih dan "RM1 juta"
menanti...
"Pukul sembilan pembunuh
muncul di hadapan mata"
Judul
telefilem: Laman
Maut
Pengarah:
Silver Chung
Penulis skrip:
Noraily Ahmad
Norrizan Abdul Ghani
Pelakon:
Jalaluddin Hassan
Rashdan Baba
Rozaini
Suhaila
Enjelita
Zamarul Hisham
Ennie Sulastri
Yap Khuan Sang
Raja Azri
Wan Ariff
Vyonne Saw
Penerbit:
Chew Kia Saun
Syarikat penerbitan:
Cine Art Production House
Sdn Bhd
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.