Dr. Omar ialah
seorang doktor yang amat dikenali dan disegani ramai. Di sebalik
kejayaan ini, Dr. Omar juga mempunyai sebuah keluarga yang cukup
sempurna, seorang isteri yang penyayang dan seorang anak lelaki
yang taat dan patuh kepada kedua orang tuanya. Dr. Rizal,
permata hati keluarga ini, dibesarkan dengan penuh kasih sayang
dan kemewahan. Dia memiliki segala-galanya, berpelajaran tinggi
dan memiliki ijazah kedoktoran. Sifatnya yang lembut dan tenang
membuatkan dia mudah didekati dan merupakan seorang doktor yang
sabar menangani kerenah pesakit-pesakitnya. Dr. Rizal juga
memiliki seorang teman wanita yang amat memahami diri dan
jiwanya. Mereka saling mencintai dan memerlukan antara satu sama
lain. Namun, di sebalik semua ini, kehidupan Dr. Rizal mula
berubah. Setiap insan yang rapat dengannya diganggu dan dibunuh.
Keadaan ini amat menghantui dirinya dan keadaan menjadi semakin
teruk apabila rakan baik, teman wanita, pesakit Dr. Rizal,
malahan bapanya Dr. Omar juga cuba dibunuh. Dr. Rizal dibayangi
dengan pembunuhan demi pembunuhan. Episod pembunuhan ini
membuatkan Dr. Rizal hidup dalam ketakutan dan begitu
tertekan...
Judul
telefilem: Neurose
Dwi
Pengarah:
Silver Chung
Penulis skrip:
Lim Chen Chen
Salehuddin Hassan
Pelakon:
Badrul Muhayat
Farisha Irwayu
Zamarul Hisham
Jalaluddin Hassan
Dian P. Ramlee
Rozaini
Annyie Low
Nurul Iman (Boy)
Mior Ahmad Zaudi
Lizawati Hamdah
Shima
Zalizan
Penerbit:
Chew Kia Saun
Syarikat penerbitan:
Cine Art Production House
Sdn Bhd
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.