Selepas
kematian ayahnya, Liya hidup dalam ketakutan dan penderitaan.
Dia didera dan dipukul oleh suaminya Zamil, seorang yang panas
baran dan sering memperkosa Liya untuk melepaskan nafsunya. Liya
yang tidak rela, dipaksa memenuhi kehendak Zamil. Tasha, sahabat
baik Liya, merasa kasihan terhadap temannya lalu menyuruh Liya
supaya membunuh Zamil. Liya yang masih sayang pada suaminya
merasa berat hati untuk melakukannya. Tetapi kerana keganasan
dan kelakuan Zamil yang melampau seakan binatang itu, memaksa
Liya untuk meneruskan dengan cadangan Tasha. Dapatkah Liya
membunuh suaminya? Dapatkah Liya membina hidup baru? Walau
bagaimanapun, Sayangnya Liya...
Judul
telefilem: Sayangnya
Liya
Pengarah:
Jo Yusof
Penulis skrip:
-
Pelakon:
Nisdawati
Aman Graseka
Zila Bakarin
Zulkifli Zain
Latiff Borgiba
Penerbit:
Azman Md Din
Zamin Fakry
Syarikat penerbitan:
Medan Nurani Sdn Bhd
Orbit Mediasari Sdn Bhd
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.