Negara
dilanda gejala penyeludupan senjata api yang semakin berleluasa.
Kegiatan penyeludupan ini dipercayai didalangi sebuah sindiket
antarabangsa. Namun begitu usaha Kastam Di Raja Malaysia untuk
memerangkap mereka menemui jalan buntu kerana setiap kali
serbuan dibuat, ahli-ahli penyeludup itu ditembak mati oleh
seorang pembunuh upahan yang tidak dikenali. Dalam satu kes di
sebuah lapangan terbang, 5 orang ditembak mati dan seorang koma
ditembak pembunuh upahan misteri tersebut ketika serbuan pihak
Kastam dilakukan. Ketua Unit Pencegahan, Tuan Kamarul Fakry
mengambil inisiatif dengan menubuhkan pasukan khas unit pencegah
yang terdiri dari 5 anggota terlatih dan profesional dan
dinamakan Skuad Elit...
Judul
telefilem: Skuad
Elit - Special Edition
Pengarah:
Azizi
Penulis skrip:
-
Pelakon:
Jamal Jamaludin
Serina Redzuwan
Adrea Abdullah
Gunasegaran
Nurzamshuri
Rita Rudaini
Yasmin Hani
Roy Azman
Shamser
AC Mizal
Penerbit:
-
Syarikat penerbitan:
CosmoVision Production Sdn Bhd
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.