Kisah
2 orang budak kampung bernama Qudut dan Qatik yang berpeluang
menjejakkan kaki di negara orang. Secara tidak sengaja, sesampai
sahaja di sana ketika mereka sedang membuat panggilan ke kampung,
Qudut dan Qatik telah menerima satu panggilan misteri melalui
sebuah telefon yang ditinggalkan dalam sebuah tong sampah.
Panggilan tersebut meminta mereka membuat satu kerja yang mereka
tidak begitu faham kerana pemanggilnya bercakap dalam bahasa
Inggeris. Tanpa mereka sedari, dan secara tidak sengaja mereka
telah menuruti segala arahan yang diberikan oleh pemanggil
tersebut. Qudut dan Qatik tidak tahu bahawa mereka sedang
terlibat dalam sebuah kes jenayah yang melibatkan penculikan
seorang anak orang kaya. Penerima panggilan tersebut sepatutnya
menyelesaikan kes tersebut dan mendapat upah yang lumayan dari
orang kaya tersebut. Oleh kerana Qudut dan Qatik yang menjawab
panggilan tersebut, maka mereka kini perlu menyelamatkan anak
orang kaya tersebut dan semuanya berlaku tanpa dirancang...
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.