Kisah dua orang
pembikin filem - Selamat dan Indra yang telah ditugaskan untuk
membuat sebuah VCD cerita hantu. Oleh kerana mereka tak mahu
dituduh menipu orang ramai, mereka ingin membuat cerita yang
boleh disahihkan. Setakat ini kesemua cerita yang mereka siasati
merupakan penipuan belaka. Sehinggalah mereka didatangi oleh
seorang pekerja hotel yang memberitahu kehadiran sebuah kelibat
di hotel di mana beliau bekerja. Penyiasatan Selamat dan Indra
di hotel itu membongkarkan sesuatu yang menyeramkan...
"Saksikanlah
aksi Ghostbuster Malaya!" - Abang Din (Suratkhabar Orang
Asli)
Judul
telefilem: Kelibat
Pengarah:
Afdlin Shauki
Penulis skrip:
Afdlin Shauki
Pelakon:
Afdlin Shauki
Riezman Khuzaimi
Jeslina Hashim
Patrick Teoh
Nadia Mustafar
Rashid Salleh
Sharifah Shahira
Nell Ng
Aziz M. Osman
Harith Iskander
Din Beramboi
Ijoi
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.