Sinopsis
Kisah terjadi
di negeri Baghdad di mana tinggalnya Ali Baba yang miskin dan
abangnya yang kaya raya iaitu Kassim Baba. Ali Baba sering
meminta wang dan makanan daripada abangnya. Kerja Ali Baba ialah
mencari kayu api. Pada suatu hari, sedang Ali Baba mencari kayu
di sebuah bukit, dia ternampak sekumpulan penyamun bergerak ke
sebuah bukit batu yang besar. Ketua penyamun itu membaca sesuatu
untuk membuka dan menutup pintu gua pada bukit itu. Ali Baba
bersembunyi berhampiran gua tersebut dan apabila semua penyamun
telah keluar, dia terus membuka pintu gua itu seperti mana yang
dilakukan oleh ketua penyamun tadi. Ali Baba sangat terkejut
melihat harta yang begitu banyak dan dia pun mengambil sebuah
peti wang emas dan menjadi kaya sekelip mata. Abangnya Kassim
Baba sangat hairan apabila mendapat tahu hal ini. Kerana cemburu,
Kassim Baba telah meminta rahsia tersebut daripada Ali Baba.
Sifat tamak Kassim Baba mendorongnya mengambil kesemua harta di
dalam gua tersebut. Apabila penyamun dapat menangkap Kassim
Baba, mereka telah membunuh dan mencincangnya. Ali Baba sangat
sedih dengan apa yang terjadi. Penyamun pula ingin membalas
dendam dan merampas kembali harta mereka daripada Ali Baba...
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
P. Ramlee
... Lakonlayar (adaptasi
cerita Ali Baba Dengan 40 Penyamun)
Pelakon
P. Ramlee ... Chief
@ Abu Hassan
S. Shamsuddin ... Kassim Baba
Aziz Satar ... Ali Baba
Normadiah ... Siti Aloya
K. Fatimah ... Norsiah
Leng Husain ... Apek tukang kasut
Ibrahim Pendek ... Sarjan
Sarimah ... Marjina
A. Rahim ... Momotaro San
Shariff Dol ... Orang kaya
1
Kemat Hassan ... Orang kaya 2
M. Rafee ... Penyamun Bin Dahar
HM Bosra ... Penyamun doktor
M. Zain ... Tukang lelong
Nyong Ismail ... Tabib 1001
Pertanyaan
Ali Fiji ... Penyamun Bin Fiji
Zaiton ... Kekasih Chief
S. Kadarisman ... Tukang
mandi mayat
Mohd Hamid ... Penyamun kasut buruk
Hashim Saleh ...
Ibrahim Hassan ...
Mustarjo ...
Saamah ...
Pekerja (crew)
A. Bakar
Ali ... Pengarah Fotografi
Ahmad Suradi ... Penolong Rakaman
Suara
Chow Cheng Kok ... Pengurus Makmal
Hayat Harris ... Penolong
Penyunting Filem
HR Narayana ... Penyunting Filem
Kam Sim Boon ... Rakaman Akhir
Kamal Mustafa ... Rakaman Suara
Kassim Masdor ... Penjaga Sambungan
& Penggubah Lagu
KK Ram ... Penolong Penyunting
Filem
Kwek Chip Jian ... Pengurus Unit
Lee Thiam Yiak ... Penolong
Penyunting Filem
Mustafa Yassin ... Pengarah Solek-Hias
& Panorama
Normadiah ... Pereka Tari
P. Ramlee ... Penggubah Lagu
S. Sudarmaji ... Penolong Pengarah
& Penulis Senikata
Wong Hong Peng ... Seni Olahan
Ya'akob Mahmood ... Penolong
Jurukamera
Penerbit
Malay Film Productions
Ltd ... Syarikat Penerbitan
Filem
Lain-lain
Shaw Brothers
Ltd ... Pengedar Filem
Normadiah ... Penyanyi Latar
Rahmah Rahmat ... Penyanyi Latar
Ahmad C ... Penyanyi Latar
Aziz Satar ... Penyanyi Latar
P. Ramlee ... Penyanyi Latar
MFP Chorus ... Penyanyi Latar
P. Ramlee Orkestra ... Persembahan Muzik Latar
|