Sinopsis
Di sebuah pulau
percutian yang indah iaitu Pulau Hawaii berlangsung sebuah
perayaan besar dengan acara tarian, nyanyian dan perlumbaan
perahu. Di antara pengunjung pulau tersebut ialah saudagar
Magoya dan pembantunya Moku. Mereka berkenalan dengan Makali dan
Mariyo yang tinggal di situ dan turut sama menyertai acara yang
disediakan. Makali mempunyai seorang anak gadis yang cantik
bernama Aloha. Mariyo dan Aloha saling menyintai tetapi saudagar
Magoya turut menaruh perasaan terhadap Aloha. Saudagar Magoya mengugut
bapa Aloha iaitu Makali untuk merestui perkahwinan mereka kerana
saudagar Magoya tahu bahawa Makali sebenarnya adalah bekas lanun yang
dikehendaki dan pernah terkenal dengan nama Sankali. Saudagar Magoya
juga turut menyuruh anak perempuannya Silpi untuk membawa Mariyo ke sebuah
pulau lain supaya Aloha dapat melupakannya. Kawan baik Mariyo,
seorang pemuzik bernama Banjo mendapat tahu hal sebenar dan
pergi ke pulau tersebut untuk menolong rakannya.
Pengarah
BS Rajhans
Penulis
AR Iyer
... Cerita
Pelakon
Mariam ... Aloha
Osman Gumanti ... Mariyo
P. Ramlee ... Banjo
Jaafar Wiryo ... Magoya
Roseminah ... Silpi
Siti Tanjung Perak
...
Daeng Idris ... Makali @
Sankali
Daeng Harris ... Kanata
AR Tompel ... Moku
S. Shamsuddin ...
Pekerja (crew)
A. Bakar
Ali ... Penolong Jurukamera
AR Tompel ... Penolong Pengarah
Chong Chee Liat ... Rakaman Suara
Edith Castillo ... Pereka Tari
Kamal Mustafa ... Penolong Rakaman
Suara
Koh Jee Soon ... Jurukamera
M. Haniff ... Pelukis Pemandangan
Osman Ahmad ... Penggubah Lagu
& Pengarah Muzik
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|