Amok bertolak
dari tiga watak yang berhubungan dan juga bersifat kontras iaitu
Wan Man, pemuda kampung yang pernah belajar ilmu silat dari Pak
Guru. Dia kemudian terperangkap dalam perhubungan cinta dengan
seorang wanita Amerika, Natalie - seorang sukarelawan dari
American Peace Corp yang datang ke sebuah kampung di pantai
Timur dengan tujuan untuk memperlengkapkan kajian Ph.Dnya
tentang Malay Psychic. Natalie digambarkan sebagai gadis yang
bebas, sebahagian dari Flower Generation yang timbul hasil dari
pengaruh woodstock dan mengamalkan seks bebas. Manakala Ram
kawan sekampung Wan Man turut dipengaruhi dengan kehidupan bebas
yang dibawa oleh pelancong barat dan turut mengamalkan seks
bebas. Filem ini berlatarkan tahun-tahun awal 1970-an, era yang
dipengaruhi oleh kehidupan ala hippies, muzik rock, dadah,
protes perang Vietnam oleh generasi muda Amerika, dan woodstock
di Amerika. Budaya tradisi yang diamalkan oleh Wan Man yang
diasaskan oleh guru silatnya di kampung, dan pusaka batin yang
diwarisi oleh Wan Man dan bapanya Wan Setia dikejutkan oleh
pertembungan dengan budaya liar yang dibawa oleh Natalie.
Kesemua gelodak perasaan ini akhirnya meledak dengan amukan!
Malaysia in the '60s. Natalie is an American on a Peace Corp mission. She meets Wan, a local man, and
they become involved. Natalie is wild and carefree, yet very aware of Malay custom and tradition. Wan is
very traditional, and has a strong-willed mother who wants him home to marry the girl of her choice.
Supernatural elements manifesting themselves in his recurring nightmares compound his sense of
guilt for the great sin he has committed. Torn between two cultures, Wan becomes more unhappy and unhinged
when he realizes that Natalie has no interest in any commitment. Something's going to snap...
Pengarah
Adman Salleh
Penulis
Adman Salleh
... Lakonlayar
Salleh Ben Joned
... Cerita
Pelakon
Nasir Bilal Khan ... Wan Man
Ramona Rahman ... Natalie
Hans Isaac ... Ram
Rosnani Jamil ... Aishah
Yusof Mohammad ... Wan Setia
Johan Abdullah ... Pak Mat Lah
Latif Borgiba ... Gurulah
Kher Cheng Guan ... Boss Wan Man
Ebby Yus ... Sani
Syukor M. Noor ... Ali
Jinggo ... Borhan
Rashid Rahim ... Kecik
Maimon Abdul Mutalib ... Hasnah
Puteri Alea Megat Mohad ...
Samantha Schubert ... Suzanne
Ahmad Fuad Osman ... Band Boy 1
Masnoramli Mahmud ... Band Boy 2
Zaki Harun ... Band Boy 3
Haz Eriesham ... Band Boy 4
Md. Sofi Abdullah ... Tuan Kedai
Pekerja (crew)
Ali Hussin ...
Pengarah Fotografi
Faizal Hafny ...
Pengarah Penataan Bunyi
Ibrahim Renizal Jembari ...
Jurukamera
Lazizah Ahmad ...
Pengurus Produksi
Mariam Ibrahim ...
Penyunting Filem
Michael Gunter ... Makeup &
Kostum
Omar Ismail ...
Jurukamera
S. Amin Shahab ...
Pengarah Seni
S. Naidu ...
Pengarah Penataan Bunyi
Shamsul Cairel ...
Penggubah
Skor Muzik
Wong Chee Kwan ...
Penolong Pengarah
Zaitun Kassim ...
Penjaga Sambungan
Zakaria Sharif ... Props
Penerbit
Ruhani Abdul Rahman
... Penerbit
Abdul Raouf Abdul Rahman
...
Penerbit Eksekutif
Nizarman Sdn
Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
Grand Brilliance Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem: Amok
Judul asal:
Amok Wan Man Slogan: Apabila dia bukan dia lagi... /
Apabila dia bukan dia lagi akibat pertembungan
dua budaya! Jenis cerita: Drama Bahasa: Melayu / Inggeris
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.