Sinopsis
Che' Harun
ialah seorang pengurus ladang getah kepunyaan bapanya sendiri.
Dia seorang yang boros berbelanja dan sering keputusan wang.
Walaupun begitu, dia juga seorang yang amanah dan tidak
menggunakan wang pejabat. Dia banyak berhutang dengan ceti dan
juga kenalannya Che' Normah seorang penyanyi kelab malam. Untuk
menjelaskan hutang-hutangnya, Che' Harun terpaksa berbohong
dengan bapanya Dato' Mahfiz dengan menyatakan yang dia
memerlukan wang untuk melangsungkan pernikahan. Dato' Mahfiz
yang tinggal berjauhan daripada anaknya sememangnya sudah lama
mendesak Che' Harun supaya berkahwin. Mendengar berita gembira
tersebut, Dato' Mahfiz tidak berfikir panjang lalu terus
mengirim RM5,000 kepada anaknya. Sementara itu, Dato' Mahfiz
yang sering terganggu kesihatannya telah dinasihatkan doktor
supaya berehat dan bertukar angin. Dia mengambil keputusan untuk
pergi ke Kuala Lumpur ditemani jururawat yang menjaganya iaitu
Halimah. Sambil berehat dia juga ingin bertemu anak dan menantu
barunya. Ketibaan bapanya menyebabkan Che' Harun serba salah
kerana dia sebenarnya masih belum bernikah dan ini menyebabkan
dia terpaksa meminjam isteri pemandunya Salleh...
Harun, is known to be spendthrift but a kind person. He would do anything to help his worker.
His stingy father is often on his back. Upon discovery that his son has cheated on him about his
wife, Dato' Mahfiz decided to have a trial on his son.
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
Amar
Jaffa ... Cerita
AR Tompel ... Lakonlayar
P. Ramlee ... Dialog
Pelakon
P. Ramlee
... Che' Harun
Roseyatimah ... Halimah
AR Tompel ... Dato' Mahfiz
Ibrahim Din ... Salleh
Noran Nordin ... Edah
Ruminah Sidek ... Che'
Normah
Saloma
... Penyanyi undangan
Shariff Baboo ...
Ahmad Dadida ...
Idris Hashim ...
Karim Latif ...
Nor Jin ...
Pekerja (crew)
Abdul
Hamid Aziz ... Pengarah Penataan Seni
Anuar Yusof ... Penolong Penataan
Bunyi
AR Tompel ... Penulis Senikata
Esa Ahmad ... Pelukis
Hashim Hamzah ... Penolong Pengarah
Johari Ibrahim ... Penyunting Filem
Low Yew Wah ... Pengarah Fotografi
Ng Hoong Ngaim ... Penolong
Jurukamera
P. Ramlee ... Penggubah Lagu &
Muzik
Rokiah Osman ... Make-up
Tan Chuan Hock ... Pengarah
Penataan Bunyi
Penerbit
Merdeka Film Productions ... Syarikat Penerbitan Filem
|