Sinopsis
Saiful, anak
sulung Mak Bee, berkelulusan luar negara. Seorang yang rugged
dan agak loyar buruk. Dia sering kali menjadi mangsa leteran
ibunya yang tidak sukakan penampilan dan perangainya. Saiful
bercinta dengan seorang gadis bernama Fasha, anak kepada
pasangan Ismail dan Saleha. Saiful tidak berani menceritakan
kisah percintaannya dengan Fasha kepada keluarganya sehingga Mak
Bee sendiri akhirnya menetapkan jodoh Saiful. Ida, adik kepada
Saiful juga menghadapi masalah. Dia bercinta dengan Farid iaitu
anak lelaki tunggal pasangan Zulkifli dan Normala. Sekali lagi
Mak Bee yang mengetahui Ida mempunyai hubungan dengan seorang
pemuda telah bertindak menghalang Ida daripada menjalinkan
hubungan mereka. Mak Bee juga telah mengaturkan jodoh Ida dengan
pemuda pilihannya. Pie yang sentiasa beralah dengan Mak Bee
telah bertindak membantu cucu-cucunya kerana terlalu sayangkan
mereka. Bermacam-macam cara yang dilakukannya demi melihat hidup
cucu-cucunya bahagia. Berbagai-bagai kisah sedih dan lucu
berlaku dalam usaha mereka itu. Adakah usaha mereka akan
berjaya? Berjayakah cinta Saiful dan Fasha? Adakah Farid dan Ida
dapat disatukan? Yang paling penting, adakah pendirian Mak Bee
akan berubah?
A situational
comedy about the generation gap between the old and the young.
It centres on Ida, a rebellious girl who has to cope with a
manipulative and a control-freak mother.
Pengarah
A. Razak
Mohaideen
Penulis
Abdul
Shukor Mohaideen ... Skrip
A. Razak
Mohaideen ... Cerita asal
Pelakon
Saiful Apek ... Saiful
Fasha Sandha ... Fasha
Azean Irdawaty ... Mak Bee
Waheeda ... Ida
Farid Kamil ... Farid
Pie ... Pie
Ismail Din ... Ismail
Sheila Mambo ... Saleha
Zulkifli Zain ... Zulkifli
Normala Omar ... Normala
Irma Hasmie ...
Nasir Ali ...
Abdul Shukor Mohaideen ...
Raudhah Che Wan ...
Rozita Che Wan ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
David Teo
... Penerbit
MIG Beats Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
Gitu-Gitu Productions ...
Syarikat Penerbitan Filem
Metrowealth Movies Production ...
Syarikat Penerbitan Filem

|