Sinopsis
Hassan ialah
seorang anak yatim piatu yang bekerja dengan seorang yang kaya.
Orang kaya tersebut mempunyai dua orang anak, Mansor dan Mahani.
Hassan begitu meminati alunan muzik sehingga dia sanggup
membelanjakan wangnya untuk membeli sebuah biola dan kemudian
pergi belajar dengan seorang guru biola. Persahabatan Hassan
dengan
Mansor dan Mahani begitu erat. Apabila dewasa, Mansor dihantar
belajar ke Singapura sementara Mahani pula hendak dikahwinkan
dengan pilihan ayahnya. Hassan yang mempunyai perasaan kasih
terhadap Mahani, tidak dapat menerima kenyataan itu lalu
melarikan diri ke Singapura. Mahani yang juga mengasihi Hassan
mengikutnya ke Singapura dan berjumpa Mansor. Mahani dan
Hassan berkahwin dengan persetujuan Mansor yang sememangnya
sedar tentang perhubungan adiknya dengan sahabatnya itu. Mansor
juga turut berkahwin dengan seorang gadis bernama Rokiah.
Selepas itu Hassan meneruskan minatnya kepada muzik dan berjaya
menjadi seorang ahli muzik terkenal. Hassan begitu gembira
apabila Mahani mengandung anak sulung mereka. Malangnya Mahani
meninggal dunia ketika melahirkan anak lelaki yang kemudiannya
dinamakan Sazali. Kasih sayang dan kepercayaan Hassan terhadap
Sazali begitu tinggi sehingga menyebabkan Sazali membesar
menjadi seorang yang kurang ajar dan membuat pelbagai kejahatan.
Sazali mempunyai pengikut yang ramai dan menjadi seorang ketua
gengster yang paling dikehendaki di Singapura. Pada suatu hari,
polis berjaya mengesan rompakan yang sedang dilakukan oleh
kumpulan Sazali, tetapi Sazali dapat melepaskan diri walaupun
cedera akibat ditembak polis. Dia kembali ke rumah ayahnya untuk
mendapatkan perlindungan. Hassan terpaksa membuat keputusan yang
begitu berat bagi menebus kesilapannya di masa lalu.
The movie tells us the story of Hassan who has great passion for music. Hassan and Ani eloped and ran
away to Singapore knowing that their marriage will never be approved by Ani's parents. Hassan soon made
a name for himself as a musician and later as a composer. His compositions received great reviews.
Hassan was overjoyed when he found out that his wife was pregnant but it soon turned to sorrow
as Ani died giving birth to a son, Sazali. Hassan turned his affection towards Sazali and soon Sazali grew up into
a rich spoilt kid. Sazali grew up to become one of Singapore's most wanted men. The police was tipped off
when Sazali and his gang committed burglary. Sazali was shot but managed to escape and seek shelter in
his father's home. What did Hassan do?
Pengarah
Phani Majumdar
Penulis
Phani Majumdar
... Lakonlayar
Pelakon
P. Ramlee ... Hassan & Sazali
Zaiton ... Mahani
Rosnani Jamil ... Rubiah
Nordin Ahmad ... Mansor
Hashimah Yon ... Rokiah
Daeng Idris ...
Habsah Buang ...
Malik Sutan Muda ...
Ibrahim Pendek ...
S. Kadarisman ...
Siti Tanjong Perak ...
HM Rohaizad ...
Kemat Hassan ...
Fatimah ...
Salbiah ...
Omar Suwita ...
Shariff Dol ...
Tony Castello ... Sazali
(kanak-kanak)
Habibah ...
Rahman ...
Idrus ...
Suriani ...
Pekerja (crew)
C.
Ramachandran ... Pengarah Fotografi
Chow Cheng Kok ... Proses Makmal
Chua Soh Tong ... Penolong Penataan
Bunyi
CL Chong ... Pengarah Penataan
Bunyi
Fred Libio ... Penggubah Orkestra
& Muzik Latar
H. Narayana ... Penyunting Filem
Habsah Buang ... Penjaga Kostum
Jamil Sulong ... Penulis Senikata
JS Anthony ... Pengarah Seni
Kwek Chip Jian ... Pengurus
Penerbitan
LB Ventura ... Penggubah Orkestra
& Muzik Latar
Lee Mong Nam ... Proses Makmal
Normadiah ... Pereka Tari
Omar Rojik ... Penolong Pengarah
P. Ramlee ... Penggubah Lagu
PV John ... Penolong Penyunting
Filem
S. Jumari ... Penolong Jurukamera
Tan Quee Sim ... Penjaga Sambungan
Wong Hong Peng ... Pengurus Makmal
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
Saloma ... Penyanyi Latar
Normadiah ...
Penyanyi Latar
|