Haji Salleh
yang terpisah daripada keluarganya di Singapura telah jatuh
sakit tenat ketika berada di Mekah. Dia mempunyai seorang isteri
bernama Ainon, anak perempuan bernama Petum, dan anak lelaki
bernama Bahar yang bekerja sebagai Inspektor Polis. Sebelum 'meninggal
dunia', Haji Salleh telah membuat surat wasiat yang diamanahkan
kepada sahabat karibnya Sidek untuk diserahkan kepada kaum
keluarganya. Apabila Sidek tiba di Singapura, beg yang berisi
surat beserta wang Haji Salleh telah dicuri oleh seorang yang
bernama Kamal, yang mengambil wang di dalam beg tersebut dan
membuang beg tersebut. Kamal kemudiannya berjaya ditangkap oleh
pihak polis. Secara kebetulan, anak perempuan Kamal yang bernama
Maimun merupakan kekasih Inspektor Bahar. Di pejabat polis,
Sidek yang hadir setelah mendapat berita penangkapan tersebut
begitu terkejut apabila melihat muka pencuri tersebut yang
begitu mirip sahabatnya Haji Salleh yang telah 'meninggal dunia'...
Pengarah
BS Rajhans
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
P. Ramlee
... Bahar
Mariam ... Maimun
Musalmah ...
Daeng Harris ...
Harun Omar ... Haji Salleh
Saadiah ...
Omar Rojik ...
R. Azmi ...
S. Sudarmaji ...
Ahmad C ...
Salleh Kamil ...
Saamah ...
Marliah ...
Pekerja (crew)
Bakar
Lahar ... Penolong Jurukamera
Bharat Rajha ... Penyunting Filem
Chan Chou Ton ... Pengarah Penataan
Bunyi
Chow Chan Kok ... Jurukamera
CM Lee ... Penataan Bunyi
Edith Castillo ... Pereka Tari
Ibrahim Ali ... Penolong Pengarah
& Penulis Senikata
Lim Ah Too ... Penolong Penataan
Bunyi
M. Sulaiman ... Pelukis Pemandangan
S. Sudarmaji ... Penulis Senikata
Veronica Bos ... Penolong Penjaga
Sambungan
Yusof B ... Penggubah Lagu
Penerbit
Malay Film Productions Ltd
... Syarikat Penerbitan Filem
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada P. Ramlee Erti Yang Sakti
(sinopsis).