Pada hari itu,
hujan turun dengan lebatnya. Kereta yang membawa Tengku Zaleha
telah terkandas di dalam lumpur. Ghazali dan rakan-rakan
pemuziknya membantu menolak kereta tersebut dan telah berkenalan
dengan Tengku Zaleha yang tinggal di banglo Anggerik Villa. Pada
majlis sambutan harijadi Tengku Zaleha, Ghazali dan
rakan-rakannya telah dijemput membuat persembahan nyanyian.
Hubungan Ghazali dan Tengku Zaleha semakin intim dan kelakuan
Tengku Zaleha yang suka keluar bersiar-siar menimbulkan rasa
marah kepada ayah Tengku Zaleha iaitu Tengku Karim yang begitu
berbangga dengan darah keturunan raja dan memandang hina
golongan kebanyakan. Tengku Karim kemudiannya melarang Tengku
Zaleha keluar bercampur dengan orang kebanyakan. Walaupun begitu,
permintaan Tengku Zaleha untuk belajar bermain piano telah
diizinkan ayahnya yang tidak mengetahui bahawa guru piano
tersebut iaitu Ghazali ialah kekasih anaknya. Apabila mengetahui
hal sebenarnya, Tengku Karim mengarahkan supaya Ghazali dipukul
sementara Tengku Zaleha dibawa ke Singapura untuk memisahkan
mereka berdua. Rakan-rakan Ghazali yang datang membantu telah
diberitahu oleh Tengku Karim bahawa Tengku Zaleha telah
meninggal dunia. Selepas kejadian itu, hidup Ghazali menjadi tidak
menentu dan tidak terurus. Tidak lama kemudian, muncul dua
lelaki dan seorang wanita ke banglo Anggerik Villa. Wajah wanita
tersebut sama seperti Tengku Zaleha tetapi Ghazali masih ragu
kerana orang ramai tetap mengatakan bahawa Tengku Zaleha telah
meninggal dunia. Pada suatu hari, selepas Ghazali membetulkan
kerosakan piano di banglo Anggerik Villa, wanita tersebut terus memainkan lagu
Getaran Jiwa yang telah diajar oleh Ghazali kepada Tengku Zaleha
tidak lama dahulu.
Ghazali, a local musician, and his friends came to the rescue of Tengku Zaleha when her car got stuck in
the mud during a downpour. She invited him and his friends to perform in Anggerik Villa during her birthday.
Soon she started to mix with the locals, especially with Ghazali. However her movement was monitored
closely and controlled by her strict father and brother and confined her to the villa. She
requested to take up piano lesson from Ghazali, knowing this would give her a chance to meet him everyday. Their
relationship became closer but was quickly separated when Tengku Zaleha's father and brother found out.
Ghazali was beaten by several men till he fainted. In the meantime, Tengku Zaleha was brought back to
Singapore and forced to marry Tengku Mukri. Few years later, she went back to
Anggerik Villa and Ghazali just couldn't believe his eyes when he saw her as he thought she was dead. Tengku Zaleha was torn
between two worlds but later decided to end her marriage. When Tengku Mukri realized what was going
on, he couldn't accept the fact as his wife had left him, a man of status and wealth, for a commoner like
Ghazali. What happened to the lovebirds? Will their love be separated again
for the second time?
Pengarah
P. Ramlee
Penulis
Omar
Rojik ... Cerita & Lakonlayar
P. Ramlee ... Dialog
Pelakon
P. Ramlee
... Ghazali
Saadiah ... Tengku Zaleha
S. Kadarisman .... Tengku Mukri
S. Shamsuddin ... Sudin
Yusof Latiff ... Tengku Aziz
Ahmad Nisfu ... Tengku Karim
Kuswadinata ... Tengku Hasan
Rahimah Alias ... Yang Chik
Mariam ...
Rahmah Rahmat ...
Kemat Hassan ...
Ainon Fiji ...
M. Rafee ...
Ali Fiji ... Ali
Aini Jasmin ... Putih
Mustarjo ... Wak Parjo
Kassim Masdor ... Kassim
S. Sudarmaji ... Maji
Pekerja (crew)
A. Bakar
Ali ... Pengarah Fotografi
Ahmad Suradi ... Penolong Jururakam
AV Bapat ... Pengarah Seni
Chew Chen Kok ... Pengurus Makmal
HR Narayana ... Penyunting Filem
Kam Shin Boon ... Pengarah Penataan
Bunyi
Kamal Mustaffa ... Jururakam
Kassim Masdor ... Penolong
Penggubah Muzik & Penjaga Sambungan
KK Ram ... Penolong Penyunting
Filem
Kwek Chip Jian ... Pengurus Studio
MK Teo ... Penolong Pengurus Studio
P. Ramlee ... Penggubah Muzik &
Pemimpin Orkestra
S. Sudarmaji ... Penolong Pengarah
& Penulis Senikata
Wong Hong Peng ... Proses Makmal
Ya'akob Mahmood ... Penolong
Jurukamera
Yeo Kee Jok ... Penolong Penataan
Bunyi
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada FarahAqil.com (sinopsis),
LirikLagu.com