Sinopsis
Abidin ialah
seorang jurutera yang berkerja di sebuah lombong. Tuan punya
lombong tersebut yang bernama Hamid merupakan seorang yang
kedekut. Hamid mempunyai seorang anak perempuan bernama Maimun
yang cintakan Abidin. Pada suatu hari, berlaku kemalangan di
lombong tersebut dan seorang pekerja telah meninggal dunia.
Hamid tidak mahu membayar wang pampasan kepada keluarga pekerja
tersebut. Abidin yang kesal dengan tindakan majikannya mengambil
keputusan berhenti kerja. Maimun begitu sedih dengan keputusan
Abidin. Selepas itu, Abidin bekerja di lombong yang baru dibuka
oleh kawan baiknya Nasir. Abidin juga telah berkahwin dengan
seorang gadis bernama Faridah. Masalah kewangan yang melanda
lombong baru tersebut menyebabkannya terpaksa dijual. Abidin
begitu terkejut apabila mendapat tahu pemilik baru lombong
tersebut ialah Hamid. Maimun kembali memikat hati Abidin
walaupun tahu yang dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang
anak bernama Zaitun. Akhirnya Abidin menerima cinta Maimun.
Faridah yang kecewa dengan sikap Abidin telah pulang ke
kampungnya bersama sepupunya Fatimah. Ketika si stesen keretapi,
Faridah mendapati bahawa dia telah tertinggal gambarnya
yang diletakkan di sisi anaknya yang ditinggalkan di rumah.
Fatimah bersetuju untuk pulang mengambil gambar tersebut
sementara Faridah meneruskan perjalanan dengan keretapi pertama.
Malangnya keretapi kedua yang dinaiki Fatimah telah kemalangan
dan gambar yang dijumpai dalam beg kepunyaan Fatimah meyakinkan
Abidin yang isterinya Faridah telah meninggal dunia...
Pengarah
L. Krishnan
Penulis
P. Ramlee
... Dialog
Pelakon
P. Ramlee
... Abidin
Rokiah Jaafar ... Faridah
Musalmah ... Maimun
M. Amin ... Nasir
Harun Omar ... Hamid
M. Yusuf Banjar ...
Siti Tanjong Perak
...
Saamah ... Fatimah
Baby Zaitun ...
Pekerja (crew)
A. Bakar
Ali ... Penolong Jurukamera
Chan Chew Tong ... Penataan Bunyi
Chou Chan Kok ... Jurukamera
Edith Castillo ... Pereka Tari
M. Sulaiman Osman ... Pelukis
Pemandangan
Omar Rojik ... Penolong Pengarah
P. Ramlee ... Penggubah Lagu
S. Sudarmaji ... Penulis Senikata
Yusof B ... Penggubah Lagu
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ...
Pengedar Filem
|