Sinopsis
Baginda mengisahkan dilema yang dihadapi oleh Azian seorang guru yang telah mencipta kejayaan di
sebuah kolej swasta di ibu kota. Dia juga terpaksa menghadapi pelbagai masalah sekolah swasta yang
diwariskan kepadanya oleh pakciknya Mahmud Baginda. Kolej Mahmud Baginda selepas kematian
pengasasnya Mahmud Baginda, bukan sahaja menghadapi masalah para pelajar yang tidak
berdisiplin, rendah moral tetapi juga para guru yang hilang minat mengajar. Kemerosotan Kolej Mahmud Baginda
menjadi bahan sindiran Bakar, seorang guru yang mengajar di Kolej Panglima yang jauh lebih berjaya baik
dari aspek lulusan pelajarnya mahupun pasukan sukannya. Pada masa yang sama sekembalinya Azian ke
Kolej Mahmud Baginda telah menemukannya semula dengan teman lamanya
Syukri seorang guru sukan yang seperti guru lain di kolej itu hilang rangsangan untuk mengajar. Marah dan dendam mendasari filem
ini.
Pengarah
Aziz M. Osman
Penulis
Unit
Skrip Grand Brilliance ... Lakonlayar
Pelakon
Azean Irdawaty ...
Cikgu Azian
Jalil Hamid ...
Cikgu Syukri
Jalaluddin Hassan ...
Cikgu Bakar
Chef Wan ...
Louisa Chong ...
Jaafar Onn ...
Benjy ...
Dilla Ahmad ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Aziz M. Osman
... Penerbit Bersama
Grand Brilliance Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Paradigm Film Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|