Sinopsis
Orang Kaya
Ibrahim sangat memanjakan anak lelakinya yang bernama Hassan.
Pada suatu hari, orang kaya itu dengan persetujuan anak
perempuannya, Saadiyah telah memungut seorang budak miskin untuk
dijadikan anak angkat. Budak itu bernama Nasir. Saadiyah sangat
sayang kepada budak itu, tetapi Hassan membencinya. Hassan dan
Nasir selalu bergaduh. Apabila dewasa, Hassan mempunyai seorang
kekasih rahsia yang merupakan seorang perempuan mata duitan
bernama Edah. Hassan mencuri barang kemas milik ibunya yang baru
meninggal dunia dan dihadiahkannya kepada Edah. Hassan juga
menyuruh Edah menulis surat kepada Nasir dengan menyatakan
perasaan terima kasihnya di atas pemberian hadiah tersebut.
Apabila bapa mereka mendapat tahu tentang surat tersebut, Nasir
telah disoal dan akhirnya membawa diri meninggalkan rumah
tersebut. Nasir kemudiannya berjaya menjadi seorang pemuzik
terkenal sementara Hassan dipenjarakan selama dua tahun atas
kesalahan mencuri rantai leher adiknya. Apabila dibebaskan,
Hassan kembali mencuri...
Pengarah
L. Krishnan
Penulis
L.
Krishnan ... Cerita
Pelakon
P. Ramlee
... Nasir
Kasma Booty ... Saadiyah
S. Roomai Noor ... Hassan
Siput Sarawak ... Edah
Yusof Banjar ... Orang Kaya
Ibrahim
Pekerja (crew)
Chow
Cheng Kok ... Jurugambar
Osman Ahmad ... Penggubah Lagu
Penerbit
Malay
Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw
Brothers Ltd ... Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Bakti
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
3 April 1950
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| TriviA
Filem pertama
arahan L. Krishnan.
P. Ramlee
melakonkan watak utama buat pertama kali melalui
filem ini.
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada P. Ramlee Erti Yang Sakti
(maklumat filem).
|
|