Bara / 1999

Gambar & dialog

Selepas Effa cuba melarikan diri

"Kau jangan buat hal lagi Effa. Sudah seminggu kau buat kerja ni. Ramai lelaki dah tidur dengan kau" - Zeti

"Lepaskan aku dari sini. Kau tipu aku Zeti. Kau tipu aku!" - Effa
"Aku bukan pelacur!!" - Effa (kepada Carlos)

(Carlos menampar muka Effa) "Ingat, kalau kau cuba lari lagi.. kami akan kerjakan kau cukup-cukup" - Carlos

"Sampai bila kau nak suruh aku buat kerja terkutuk ni ha?" - Effa
"Segalanya bergantung kepada pendapatan yang kau hasilkan" - Zeti
"Maksud kau?" - Effa

(Carlos menarik Effa dengan kasar) "Kau memang boleh bebas Effa... dengan syarat, setelah kau tidur dengan seribu lelaki, faham?!" - Carlos
Perangkap Carlos

"Segala-galanya sudah terlambat Effa. Engkau bukan lagi gadis suci yang menjadi idaman lelaki untuk dijadikan isteri. So.. kalau kau ada niat untuk melarikan diri, lupakan" - Carlos
(Carlos menarik dan memeluk Effa) "Untuk pengetahuan kau sayang, semua gambar-gambar bogel kau bersama dengan lelaki-lelaki buas ada dalam simpanan aku" - Carlos

(Effa menangis)
Mona dan Amri kerja di kelab malam

"Amri.. aku nak balik dah ni. Kau tak nak hantar aku ke?" - Mona
"Baliklah. Tak tahu balik sendiri?" - Amri
"Sombong... menyampah!" - Mona
Effa akhirnya berjaya melarikan diri

"Berpuluh pelacur kita boleh jaga, seorang perempuan kau tak boleh kawal!! Memalukan.. tak boleh diharap!" - Carlos
"Kami tak boleh nak buat apa-apa Carlos. Dari malam tadi lagi kami cari dia.. tapi dia, hilang entah ke mana.." - Ah Boon
"Aku pun tak sangka dia begitu berani Carlos, sedangkan dia tahu risikonya" - Zeti

"Kau cari dia sampai dapat. Perempuan macam tu kena ajar!" - Carlos
"Tapi, macam mana kalau dia bocorkan rahsia kita?" - Ah Boon
"Dia takkan berani, bodoh! Gambar bogel dia ada pada kita!" - Carlos

"Soalnya.. di mana kita nak cari dia sekarang?" - Zeti
"Engkau orang yang patut fikir masalah tu, bukan aku.. faham? Betina tu takkan terlepas. Walau di mana dia bersembunyi, dia tetap akan dilabel sebagai.. pelacur!" - Carlos
Amri selamatkan Effa

"Pelacur? Eh, kau biar betul Amri. Jangan cari pasal. Yang kau nak tolong perempuan macam tu buat apa? Eyy.. jangan pening kepala laa.." - Ziman
"Aku simpati dengan nasib dia. Anak yatim piatu yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki yang halal, tapi diperangkap oleh sindiket haram" - Amri

"Kau percaya sangatlah dengan dia. Jangan-jangan budak bohsia. Hey, nanti tak pasal-pasal.. kau yang kena tanggung bala. Kalau tak, takkan dia tak nak repot polis"
- Ziman
"Ini soal maruah Ziman. Kalau jadi kes polis, semua orang akan tahu. Lagi pun, aku rasa dia ada alasan yang kuat. Dari wajahnya saja aku dapat rasakan.. yang dia ikhlas" - Amri

"Ellehh... pantang jumpa perempuan cantik, mulalah nak feeling. Ikhlas le, jujur le.. piirah.. Hoi, mana kau sorokkan perempuan tu?"
- Ziman
Effa menumpang di rumah Mona

"Nasib baik kau jumpa Amri.. kalau tidak, habis kau dikerjakan oleh buaya-buaya KL" - Mona
"Dah lama kau kenal Amri? Dia tu kekasih kau ke?" - Effa
"Bukanlah. Cuma kami bekerja satu tempat. Setahu aku, si Amri tu setia kepada kekasih. Girlfriend pun dia tak ada tau. Dengar cerita.. dia pernah kecewa haabis dulu. Kesian dia kan?" - Mona
Amri melawat Effa

"Amri, Effa tak tahu macam mana nak balas budi baik Amri. Rupa-rupanya ada juga orang yang baik hati" - Effa
"Saya ikhlas menolong Effa. Jangan risau, Effa boleh tinggal di sini buat sementara waktu" - Amri
"Terima kasih Amri" - Effa
Ziman dan Amri

"Macam mana Effa sekarang? Dah dua minggu lebih dah melepak kat rumah Mona" - Ziman
"Ada perubahan. Aku nampak wajahnya pun dah makin ceria" - Amri

"Macam mana tak ceria... aku dengar hari-hari kau melayan dia" - Ziman
"Perempuan bermasalah macam tu Ziman, kita perlu beri perhatian. Kalau tidak, jiwanya akan lebih tertekan" - Amri

"Kira-kira kau ni macam doktor sakit jiwa lah ye? Hari-hari nak kena kaunseling si Effa tu. Hati-hati, jangan sampai kau jatuh cinta pulak" - Ziman

"Kalau betul, kenapa?" - Amri
"Haii.. takkan kau nak bercinta dengan bekas pelacur?" - Ziman
Nasib Effa

"Effa, kau tak bosan ke duduk di rumah asyik pandang dinding aje.." - Mona
"Bosan pun nak buat macam mana Mona.. dah nasib. Tapi, aku bersyukur.. aku selamat dekat sini" - Effa
Carlos berjaya menjejak Effa

"Kenapa tak ditangkap saja si Effa tu Carlos? Takkan nak dibiarkan macam tu saja" - Ah Boon
"Aku dah ubah rancangan. Memang sengaja aku biarkan dia bebas buat sementara waktu" - Carlos
"Apa tujuan kau?" - Ah Boon
"Mudah saja. Perempuan macam Effa tu, mentalnya perlu diasak satu persatu.. biar dia hilang semangat" - Carlos
Perbualan telefon - Effa diugut

"Hello Effa, aku sedang menungu kau Effa.. jangan tunggu lama-lama, nanti kau akan menyesal sepanjang hayat" - Carlos

"Binatang! Tolong jangan ganggu aku lagi. Tolonglah.. kalau tidak, aku akan bongkarkan semua kegiatan kau" - Effa

"Apa lagi kau tunggu Effa.. teruskan Effa. Aku pun dah tak sabar nak mengedarkan gambar-gambar bogel kau" - Carlos

(Effa menghempas gagang telefon sambil menangis)
Amri percaya muslihat Carlos

"Amri, telefon.. dari Effa" - Ziman
"Pergi jahanam dengan pelacur tu! Aku takde masa nak layan dia. Cakap dengan dia.. aku dah anggap dia mati" - Amri
Arni membantu Amri yang dituduh membunuh Effa

"Masuklah. Maaf, elektrik rumah ni dah lama dipotong, kau terpaksa gunakan lilin" - Arni
"Tak apa, aku kan orang pelarian... terpaksa hidup dalam gelap" - Amri
Arni dan Amri

"Amri.. kau tak sunyi ke?" - Arni
"Aku dah biasa dengan kesunyian. Kadang-kadang kesunyian membawa ilham kepadaku" - Amri
"Aku suka cara kau bercakap.. macam seorang pujangga" - Arni
Perbualan telefon - Hujan lebat

"Hello" - Arni
(Arni dengar Amri bercakap) "Amri, kau kat mana ni?" - Arni

"Arni, dengar sini.. aku mahu buat perhitungan dengan Carlos malam ni juga" - Amri

"Jangan bertindak melulu Amri, nanti akan membahayakan nyawa kau" - Arni

"Aku tak ada pilihan lain Arni. Ini urusan hidup dan mati... cuma aku mahu kau bagi tahu Ziman, kalau aku tak pulang pukul 3 nanti.. cari saja mayat aku di Sun Kompleks, Bukit Bintang" - Amri (meletak gagang telefon diikuti bunyi guruh)

"Hello. Hello? Amri?"
- Arni
Amri lawan Carlos

(Carlos mengacu pistol kepada Amri) "Biar aku tamatkan pelarian kau, bangsat! Tak ada bezanya kau hidup atau mati!" - Carlos

(Bunyi tembakan, lalu Carlos pun rebah ke lantai)

"Polis! Letakkan senjata awak. Letakkan"
- ASP Saiful

(Carlos melempar pistol)







Filem lain: A|B|C|D|E|F|G|H|I|J|K|L|M|N|O|P|Q|R|S|T|U|V|W|X|Y|Z Mula


Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com) merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era 2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Penghargaan
Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat dalam laman web ini.

Komen & sumbangan

Hantarkan kepada kamal@filemkita.com

Teruskan menyokong dan membangunkan Filem Malaysia. Syabas!




Idea, rekabentuk & pengumpulan maklumat oleh Kamal Hakcipta laman web 1999-2004 khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara