Kepulangan Indra sembilan bulan dari laut mengejutkan ramai orang. Terutama
Zulhijjah, kekasih Indra yang sekarang ini sudah menjadi tunang Bukhari dan bakal dinikahkan tidak lama lagi. Indra bersyukur ke
atas kepulangan dari tragedi ribut yang menelan dua nyawa rakannya dan
mendamparkan dia di sebuah pulau selama sembilan bulan. Kini,
Indra merasa sia-sia setelah pulang setelah tahu kekasihnya Zulhijjah bakal
menjadi isteri orang. Yasmin, seorang guru baru di sekolah Iman
(adik kepada Indra) berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan Iman dapat mengeja dan membaca seperti
mana pelajar yang lain. Suatu hari, Yasmin ke rumah Iman untuk bertemu Indra kerana mahu meminta
kerjasama Indra untuk membantu Iman belajar di rumah. Usaha Yasmin tidak diberi perhatian oleh Indra
malahan beliau merasakan ia adalah satu bebanan baginya. Di
majlis perkahwinan Bukhari dan Zulhijjah, Indra dihalang oleh rakan-rakan Bukhari yang tidak
membenarkan dia masuk. Emosi Indra terganggu dan menimbulkan ketegangan. Yasmin dan
Haji Awang, bapa kepada Meor menenangkan keadaan. Indra yang
sudah mula menerima kenyataan yang Zulhijjah bukanlah jodohnya, bertemu dengan
Yasmin untuk menerangkan keadaan dia yang tidak boleh membaca dan sekaligus meminta
pertolongan Yasmin untuk mendidik adiknya. Hubungan Iman dengan gurunya, Yasmin tidak secara langsung membuatkan Indra
semakin rapat dengan Yasmin. Dari hari ke hari Yasmin semakin tertarik dengan sifat dan tingkah laku Indra
yang berdikari dan bertanggungjawab, tetapi Yasmin takut untuk menerima kenyataan bila difikirkan
adakah beliau mempunyai harapan untuk hidup bersama Indra. Indra sekali lagi dikejutkan dengan
kehilangan Yasmin yang meninggalkan dia dan Iman secara mengejut. Bukhari yang selama ini sentiasa
berkeras dengan Indra akhirnya beralah dan bersimpati ke atas apa yang telah dilalui oleh Indra. Dia
memberi semangat dan nasihat supaya Indra tidak terus bersedih. Indra mengambil keputusan ke Kuala
Lumpur bersama adiknya untuk terus mancari Yasmin di sana. Indra memberi alasan untuk membawa Iman
berjumpa penyanyi idolanya. Yasmin pula semakin tertekan bila mencari jalan keluar dari masalah
peribadinya. Di Kuala Lumpur, Indra tinggal di sebuah bangunan terbiar bersama Prono seorang penagih
dadah yang telah mencopet duitnya ketika dia baru sampai di Kuala Lumpur. Dia terus berusaha mencari
Yasmin dan dalam masa yang sama berusaha menyekolahkan adiknya. Tercapaikah janji Indra untuk membawa
Iman bertemu idolanya. Dapatkah Indra berjumpa dengan Yasmin? Dan mampukah Yasmin meneruskan
hidupnya bersama masalahnya? Hidup... Mati... Tuhan sahaja yang tahu.
Pengarah
Badaruddin Azmi
Penulis
Badaruddin Azmi
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Rosyam Nor ...
Indra Che Wan
Fasha Sandha ... Yasmin
Hasnul Rahmat ... Bukhari
Haji Awang
Adik
Danial Hazly ... Iman
Siti Elizad ... Zulhijjah
Saiful
Apek ...
Md. Said Abdul Ghani ...
Lia Fidzriana
...
Adman Salleh ...
Fauziah Nawi ...
Wong Sip Nen ...
Pekerja (crew)
Jailani
Abdul Ghani ... Penerbit Penyelaras
Julfekar ... Muzik Latar
Mohamad Azla Kamaruddin ...
Pengarah Fotografi
Nazrul Asraff Mahzan ... Pengarah
Seni
Salehan Samsuddin ... Penyunting
Filem
Tini Arshad ... Pengurus Produksi
Zaitun Kassim ... Penolong Pengarah
Penerbit
Gayatri
Su-Lin Pillai ... Penerbit Eksekutif
Tayangan
Unggul Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem: Berlari
Ke Langit
Slogan: Kerana cinta manusia mahu terus
hidup
Jenis cerita: Drama / Romantik Bahasa: Melayu
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada MyArtis.com (sinopsis).