Sinopsis
Pada tahun 1960
Yazid menyertai antara kumpulan pertama yang meneroka tanah
rancangan Felda di Lurah Bilut. Yazid terpaksa berdepan dengan
pelbagai cabaran dan segala tekanan perasaan. Sahabatnya, Rosli
mati dihempap pokok. Rumah mereka ranap dipukul ribut. Anak
bongsunya, Yamin, mati dibaham harimau. Pada masa yang sama,
Yazid mendapat tahu ada di antara peneroka yang berkomplot
menjual semula baja-baja subsidi yang diberikan oleh kerajaan
bagi mengaut keuntungan jangka pendek. Yazid juga cuba difitnah
oleh sahabatnya sendiri, Hamzah yang mengatakan kononnya dia
yang menjual baja subsidi secara haram. Tidak hanya itu, mereka
juga menghadapi bahaya apabila masih ada saki-baki pihak komunis
di kawasan hutan itu. Namun segala cabaran dihadapi dengan cekal
dan kemudian kejayaan awal hadir dalam hidupnya apabila anaknya,
Yusof, menjadi satu-satunya anak Felda yang melanjutkan
pelajaran di Brussels dalam jurusan pentadbiran. Di Brussels,
Yusof menjalinkan hubungan cinta dengan Khaty, rakan sekuliahnya
tetapi mendapat tentangan keluarga Khaty kerana anak seorang
Peguam Negara tidak wajar menjalinkan hubungan dengan anak
peneroka. Yusof akur dengan hakikat kehidupan dan kesedihannya
itu menjadikan dia lebih rapat dengan Lisa yang juga rakan
kuliahnya sehinggakan dia bercadang untuk mengambil Lisa sebagai
isteri. Lisa memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada
Mazuin. Tapi hasrat Yusof tidak dipersetujui oleh bapanya,
Yazid, yang merasakan bahawa sukar untuk berkahwin dengan
golongan lebih berada sebagaimana yang pernah dilalui olehnya
dengan arwah ibu Yusof dulu. Sementara itu, adik Yusof, Asmah
telah dinikahkan dengan Iskandar, kawan Yusof. Namun kebahagiaan
Jamilah tidak kekal lama apabila Iskandar hilang di dalam hutan
tanpa ditemui lagi. Sejak itu, Jamilah menjadi tidak keruan dan
bagaikan kurang waras. Yusof pula berkahwin dengan Saleha,
seorang jururawat yang pernah menjaga bapanya di hospital. Hasil
perkahwinan itu, Yusof dianugerahkan dua orang anak perempuan
kembar, Maimunah dan Maimun. Pada tahun 2006, pembuat filem
dokumentari dari Filipina, Gabriel tiba di Malaysia dalam
usahanya mengumpul maklumat sambil melihat dan mengalami sendiri
perkembangan serta kemajuan yang telah dibuat oleh Felda. Kisah
kejayaan Felda sebagai pemangkin ekonomi rakyat dan negara
Malaysia memberikan inspirasi kepada beliau untuk menerbitkan
filem dokumentari mengenainya. Di Kuala Lumpur, Gabriel bertemu
Yusof yang juga rakannya semasa sama-sama belajar di universiti
di Brussels pada tahun 1976. Yusof ialah anak peneroka yang
sudah berjaya dan kini seorang eksekutif kanan Felda. Gabriel
melihat Yazid dan Yusof sebagai simbol dua era - permulaan dan
perkembangan, keringat dan hasil, ideologi dan keberkesanan -
dan merumuskan bahawa Felda adalah perintis segala-galanya yang
lahir daripada perancangan dan wawasan yang wajar dijadikan
teladan. Setelah mendengar, melihat dan mengalami sendiri
kehidupan di tanah Felda, Gabriel pulang ke negaranya dan
kembali semula ke Malaysia bersama-sama krew penggambaran untuk
penggambaran filemnya itu.
In 1960, Yazid,
together with his friend Rosli and a few other settlers who
later became his close friends and confidante, Hamzah, Mustafa
and Mat Ya arrived in Bilut, which they regarded as the land of
exploration and opportunity. Yazid later brought with him his
wife, Aishah and their children Yusof, Asmah and Yamin. Clearing
a forest was not easy and their confidence was first put to the
test with the death of Rosli who was hit by the falling big
branch. Yazid had to continue assuring Aishah to hang on and
accept the challenges as tests. From then onwards, they had to
go through various events and hardship – wild animals that share
their habitat, natural disaster of storm and flood, people’s
hatred, jealousy, betrayal. Yazid’s most unbearable challenge
was when his third child, Yamin, at his age of seven, died after
being attacked by a tiger. Yazid found himself blaming the
management for their lackadaisical attitude in ensuring safety
in the area. Not only that, he also blamed his wife Aishah for
not properly taking care of their child. Overwhelmed with
emotion and sadness, Aishah decided to get away from the
settlement with their children Yusof and Asmah. As fate wrote
itself, Munah got pregnant but life offers its tests in its own
way. Yusof excelled in his study and came out as the first
settler’s son to have been accepted to study abroad. It was in
Brussels that Yusof knew life better, a life outside the cocoon
with friends of other nationalities such as his Filipino best
friend, Gabriel. It was here that he found his first and true
love in Khatijah. Fate was not so kind and as with human
division of caste and position, Khatijah’s parents ruled out the
possibility of their bonding, leaving Yusof finding comfort
while confiding in Mazuin. Mazuin became his closest mate until
he made a decision to marry her, just to get disapproval from
his father, Yazid. Meanwhile, Yusof found out that his sister
Asmah, was almost losing her sanity and not her normal self ever
since losing her husband just shortly after they were married.
In 2006, Gabriel, now a filmmaker, is in Malaysia to research
and experience the life of FELDA settlers. His docu-drama
project calls for the need to do a thorough study about the key
to the success of FELDA and its contribution to not only the
development of the economy but also the people of the nation.
Gabriel meets up with Yusof, his good friend in university in
Brussels, Belgium back in 1976 who shows him the fruit of hard
work of the early FELDA settlers, including his father Yazid.
Pengarah
Badaruddin Azmi
Penulis
Tengku
Adrian Tuan Ismail ... Skrip
Pelakon
Rosyam
Nor ... Yazid
Que Haidar ... Yusof
Jerrico Rosales
(Filipina) ...
Gabriel
Siti Shahrizah ... Aishah
Ezlynn ... Asmah
Rushdi Ramli ... Hasan
Aqasha ... Hamzah
Adlin Aman Ramlie ... Tuan Kasim
Bront ... Rosli
Sofi Jikan ... Ngah Busu
Lisdawati ... Saleha
Cellina 3R ... Lisa @ Mazuin
Yasmin Hani ... Khatijah @ Khaty
Khatijah Abu Hassan ... Aspah
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Khatijah
Abu Hassan ... Penerbit
Mega Wajasinar Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem

|
Judul
filem:
Bilut
Jenis cerita: Drama
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan Tarikh mula tayangan
umum: 24 Oktober 2006
 |
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM3 juta
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
 |
|
|
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran:
Putrajaya, Kuala Lumpur, Gua Musang, Serting & Brussels
|
|
| TriviA
Filem ini
dibuat sempena menyambut ulangtahun penubuhan
Felda yang ke-50 tahun pada 2006.
|
|
|
|
|