Walaupun bergelar penyanyi terkenal,
Syakila tidak berpuas hati kerana belum dapat mengatasi populariti
penyanyi Jelly. Lagu-lagu nyanyian Jelly mengatasi lagu nyanyian Syakila dalam carta lagu
top ten. Sikap ego dan tidak berdisiplin Syakila sering mendatangkan masalah pada
Tasya, pengurus Syakila. Tasya terpaksa mengatasi dan menutup kelemahan Syakila untuk tidak menjejaskan kedudukkannya
sebagai penyanyi kesayangan. Satu ketika Jun, seorang komposer, dipertanggungjawab menyiapkan sebuah lagu
untuk Syakila. Malangnya Syakila enggan bekerjasama sedangkan Jun perlu menyerahkan pita lagu pada
penerbit album Fazli secepat mungkin. Untuk mengatasi kebuntuan, Jun terpaksa merakamkan lagu
mengunakan suara Tasya. Sebaik saja mendengar rakaman demo, Fazli mengarahkan anak buahnya
mengedarkan lagu terbaru Jun itu (berjudul Sesedang) serta merta. Jun tidak berkesempatan memberitahu
lagu tersebut sebenarnya adalah nyanyian Tasya, bukan Syakila.
Lagu Sesedang berjaya memasuki carta lagu popular dan akhirnya mengatasi lagu nyanyian Jelly. Anehnya
Syakila sendiri percaya lagu Sesedang adalah hasil rakaman suaranya. Fazli mengarahkan Tasya mengatur
promosi road tour ke seluruh Malaysia untuk Syakila. Walau dalam dilema, Tasya cuba mengatur strategi
agar pembohongan tidak terbongkar. Sepanjang pertunjukkan promosi, Syakila mengunakan teknik suara
latar (tanpa perlu menyanyi secara live). Road tour 'Sesedang' turut disertai seorang wartawan hiburan
bernama Izad. Syakila mengambil kesempatan untuk memikat Izad.
Di dalam salah satu acara promosi, Syakila telah dikerumuni para
peminatnya yang fanatik. Syakila menyalahkan pengurusan Tasya yang tidak menyediakan bodyguard
untuk mengawal keselamatannya. Izad membantu dengan menawarkan anak-anak buahnya
(kumpulan Spider) untuk menjadi bodyguard Syakila. Mulai detik itu, road tour
'Sesedang' berjalan lancar dan terkawal. Hubungan Izad dan Tasya juga
menjadi semakin mesra. Syakila cemburu dengan keintiman mereka dan
mahu pastikan Tasya tersingkir dari road tournya. Apakah yang akan terjadi apabila Tasya
disingkirkan? Bagaimana Syakila meneruskan pembohongan tanpa bantuan Tasya? Dapatkah dia memiliki
cinta Izad?
Pengarah
Aziz M. Osman
Penulis
Aziz M. Osman
... Lakonlayar
Amy Mastura
... Cerita asal
Pelakon
Amy Mastura
... Syakila & Tasha
Anuar Zain ... Izad
Fasha Sandha ... Jun
Jaafar Onn ... Fazli
Umie Aida ... Jelly
M. Rajoli ... Bapa Tasha
Rosnah Mat Aris ... Ibu Tasha
Kumpulan Spider ... Pemuzik
Saiful Apek ... Pengurus
kompleks
Erma Fatima ...
Pekerja (crew)
Aziz M. Osman
... Penyunting Filem
Azman Abu Hassan ... Muzik Latar
Badaruddin Azmi ... Pengarah
Fotografi
Dol Baser ... Penolong Pengarah
Hazil Izham Ismail ... Penerbit
Penyelaras
Muhammad Hafiez Othman ... Pengarah
Seni
Tini Arshad ... Pengurus Produksi
Penerbit
Gayatri
Su-Lin Pillai ... Penerbit Eksekutif
Tayangan
Unggul Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Golden
Screen Cinemas ... Pengedar Filem
Judul
filem: Bintang
Hati
Slogan: Kerlip disangka bintang,
rupanya... Bintang Hati
Jenis cerita: Komedi / Romantik Bahasa: Melayu
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada MyArtis.com (sinopsis).