Sinopsis
Johari memiliki
segala kemewahan daripada ibunya. Kerana terlalu menginginkan
seorang menantu, ibunya telah mengadakan perjumpaan dengan
gadis-gadis supaya anaknya dapat membuat pilihan. Ibu Johari
berkenan dengan seorang gadis, Ros yang dianggapnya paling
sesuai untuk Johari. Johari mengambil keputusan berlayar seorang
diri untuk menjauhkan diri daripada Ros tetapi Ros berjaya
mengekorinya. Johari tidak dapat mengelakkan diri dan terpaksa
menghabiskan masa bersama Ros di atas kapal tersebut. Malangnya
Johari telah terjatuh ke dalam laut dan dihanyutkan ke sebuah
perkampungan berdekatan. Bermulalah kehidupan baru Johari yang
telah diselamatkan oleh Ayu, seorang gadis kampung. Johari mula
menaruh hati terhadap Ayu tetapi cinta mereka dihalang oleh ibu
Ayu yang cerewet dan tidak sukakan orang luar. Pelbagai usaha
dicuba oleh Johari untuk mengambil hati ibu Ayu dengan bantuan
Abu, pembantu peribadinya.
Pengarah
Sahib Selamat
Penulis
Panel
Skrip Grand Brilliance ... Cerita
Pelakon
Azhar Sulaiman
... Johari
Maria Farida ... Ayu
Accapan ... Abu
Norlia Ghani ... Ibu Ayu
Hamidah Wahab ... Ibu Johari
Lily Patra ... Ros
Dion Bakar ...
Tasha ...
Dian P. Ramlee ...
Tan Ting ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Ismail
Sharif ... Penerbit
Grand Brilliance Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Bisikan Cinta
Slogan: Ayu, inginku bisikkan cintaku
padamu, tapi renungan matamu mengunci lidahku.
Maka di tepi pantai ini, dengarkanlah jeritanku...
Jenis cerita: Komedi / Romantik / Aksi
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
1995
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu:
Akhirnya Kini Pasti
Penyanyi: Anita Sarawak
Judul lagu: Bisikkanlah Cinta
Penyanyi: Anita Sarawak
Lautan luas ku seberangi
Ombak dan badai ku harungi
Demi cinta ku hanya untukmu
Engkaulah seri dalam hidupku
Gunung yang tinggi 'kan ku daki
Lembah dan lurah ku harungi
Mati pun aku rela berkorban
Asalkan kau setia selalu
Walau kini jauh
Kesetiaan ini hanya untukmu
Berjuta godaan takkan mampu
Bisikanlah cinta
Lewat angin malam
Agar hidup ini
Bukan dalam mimpi
Malam-malam sunyi
Bayang-bayanganmu
Selalu dalam mimpiku
Berjuta harapan ku nantikan
 |
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 990014
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada LirikLagu.com
|
|