Pada tahun
1978, bot laju yang dipandu oleh Tuan Hashim telah kemalangan.
Tuan Hashim berjaya menyelamatkan isterinya Puan Sabariah, dan
Razlan anak sulung mereka berjaya menyelamatkan diri sendiri.
Dua orang anak mereka, Rashid dan Rasul hilang ditelan ombak
ganas. 23 tahun kemudian... Seorang bekas tentera elit, Azman,
berjaya menyelamatkan Maria yang hampir dibunuh oleh Psycho,
seorang pembunuh dan perogol bersiri. Maria ialah adik bongsu
kepada Razlan (yang sedang menanti maut apabila disahkan
menghidap kanser otak). Apabila Psycho sekali lagi cuba
menceroboh rumah mereka, Razlan begitu bimbang dengan
keselamatan keluarganya apabila dia sudah tiada nanti. Razlan
mengupah Azman untuk menjaga adiknya. Sementara itu, Izani,
seorang ahli perniagaan yang berjaya tidak dapat menerima
hakikat bahawa dia adalah anak angkat kepada keluarga Tan Sri
Aziz. Izani meninggalkan syarikat Tan Sri Aziz dan menerima
tawaran daripada Razlan yang mahukan Izani menguruskan
perniagaan keluarganya sekaligus menjaga keselamatan keluarganya.
Razlan mengambil keputusan pulang ke Kota Bahru bagi
menghabiskan sisa terakhir hidupnya. Malang tak berbau, Razlan
diculik oleh sekumpulan penjahat yang meminta wang tebusan
sebanyak RM1 juta. Azman, Izani, Maria dan Puan Sabariah
bergegas ke Kota Bahru untuk menyerahkan wang tebusan. Di sana,
terbongkar rahsia bahawa Azman dan Izani adalah anak Puan
Sabariah yang terpisah 23 tahun yang lepas. Kegembiraan mereka
hanyalah sementara apabila tanpa disangka sekali lagi mereka
akan kehilangan salah seorang anggota keluarga buat selamanya...
While trying to hunt his wife's killer, an ex-elite army force, Azman has tracked and killed each and every
crime leader by practicing his own brand of justice above the law. One night, Azman inadvertently rescues
a lady, Maria from being killed by a psycho, the person responsible for his wife's
death. Maria is the younger sister of Razlan, who has been pronounced
with brain cancer and left with only a few months to live. So when the psycho killer
once again attempts to kill Maria, Razlan is worried and asks Azman to
protect his sister. Razlan also makes a drastic decision, handing over all his businesses to his rival,
Izani, hoping that Izani will look after his family. Unfortunately, Razlan gets
kidnapped for ransom. As Azman, Izani and Maria race to Razlan's rescue, a strange
incident occurs and they realise that they are all siblings who have been separated
for 23 years. A touching family reunion takes place but their happiness
is short-lived…
Pengarah
Ambri Kailani
Zain
Penulis
Ambri Kailani
Zain ... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Nisdawati
... Maria
Eizlan Yusof
... Azman
Azhar Sulaiman
... Razlan
Joe Radzwill
... Izani
Julia Hana
... Iman
Hamidah Wahab
... Puan Sabariah
Fasha Sandha
...
Hisham Ahmad Tajudin
...
Dian P. Ramlee
...
Zainurdin Ismail
...
Rose Iskandar
...
Mohd Razib
...
Zack Idris
...
Aida Aris
...
Zahida Rafik
...
Zizie Ezette
...
Pekerja (crew)
Daven R
... Pengarah Fotografi
Mariam Ibrahim ... Penyunting Filem
Mohd Faizal ... Pengurus Produksi
Shamsul ... Pengarah Seni
Zack Idris ... Penolong Pengarah
Penerbit
Azizan Mat
Ariff
... Penerbit
Simfoni Makmur
Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Golden Screen
Cinemas ... Pengedar Filem
Judul
filem: Black
Maria
Slogan:
Mengapa harus bertemu, jika untuk berpisah
Jenis cerita:
Drama / Aksi Bahasa: Melayu
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.