Sebuah kisah
tragis seorang ibu bernama Aton yang cuba menghalang peristiwa
serupa yang menimpa dirinya daripada terjadi kepada anak
perempuannya, Mas Ayu. Mas Ayu adalah anak luar nikah hasil
hubungan sulit Aton dengan Agus, seorang pemuda misteri yang
pernah muncul dalam hidup Aton. Mas Ayu, seorang pramugari dan
berkawan dengan ramai lelaki tetapi seorang demi seorang lelaki
yang didampinginya menemui ajal secara misteri, sama seperti Pak
Dek dan Dollah yang juga mati kerana Aton. Aton berusaha
mengubati Mas Ayu menggunakan ubat kampung. Dalam masa yang sama
Mas Ayu mencintai dua orang adik-beradik iaitu Imran dan Jalil.
Mas Ayu terperangkap lalu berkahwin dengan Jalil, adik Imran. Di
hari perkahwinan mereka, Aton sedar yang Mas Ayu sebenarnya
lebih mencintai Imran dari Jalil sama seperti dirinya dulu yang
lebih mencintai Agus, bukan Dollah. Peristiwa malang dua beranak
ini tidaklah kita tahu sama ada kerana suratan takdir, kebetulan,
keturunan atau sumpahan.
Mas Ayu is a modern woman of the 90s: independent, career-minded and attractive. Except at night,
when strange dreams of spiders haunt her sleep and one by one, her male friends begin to die. She then
starts to believe that she is spiritually linked to spiders and as a
result, cannot help but destroy her lovers.
Pengarah
U-Wei Saari
Penulis
U-Wei Saari
... Lakonlayar (adaptasi
novel Black Widow tulisan Raja Azmi)
Raja Azmi ... Cerita asal &
Lakonlayar
Pelakon
Misbun Sidek ... Imran
Hashimah Yon ... Aton
Puteri Salbiah ... Aton
(muda)
Zaidi Omar ... Agus
Nurul Jasmin ...
Mas Ayu
Mohd Rodzi ... Jalil
JD Khalid ... Pak Dek
Ahmad Bahiki ... Dollah
Rashid Sidek ...
Foo Kok Keong ...
Jalani Sidek ...
Pekerja (crew)
Azman Razali
... Pengarah Fotografi
Kamaruddin Abu ... Penyunting Filem
M. Nasir
... Penggubah Skor Muzik
Penerbit
Raja Azmi ... Penerbit
HW Entertainment Design & Production ... Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem: Black
Widow - Wajah Ayu
Judul asal:
Black Widow Judul Bahasa Inggeris: Black Widow: A Portrait of Ayu Jenis cerita: Drama Bahasa: Melayu
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.