Sinopsis
Ani, seorang
gadis miskin bercinta dengan Murad yang kini melanjutkan
pelajaran ke England. Ibu Murad tidak bersetuju dengan hubungan
mereka. Ani kemudian berkenalan dengan Agus, seorang pelukis.
Hubungan mereka amat intim hingga Ani dapat melupakan Murad dan
berkahwin dengan Agus. Pada malam perkahwinan mereka, ribut
melanda dan sebatang pokok telah menghempap rumah mereka
menyebabkan ibu Ani terbunuh sementara Agus menjadi lumpuh.
Apabila Murad pulang dari England, dia terkejut mendapat tahu
Ani telah berkahwin. Murad juga mendapat tahu yang Ani menderita
kerana suaminya itdak mampu memberikan kebahagiaan batin akibat
kemalangan pada malam perkahwinan mereka. Agus juga sedar
tentang penderitaan isterinya itu dan juga perasaan cintanya
yang menyala semula setelah kepulangan Murad. Oleh itu, Agus
menceraikan Ani. Ayah Murad pula tidak bersetuju dengan
keputusan Murad hendak berkahwin dengan Ani...
Tragic story about a beautiful mother and an errant son.
Pengarah
Jins Shamsuddin
Penulis
Harun
Hassan ... Cerita asal (novel)
Pelakon
Jins Shamsuddin
... Agus
Sarimah ... Ani
Ed Osmera ... Murad
Sabariah Ibrahim ...
Fauziah
P. Ramlee ... Ayah Murad
S. Roomai Noor ...
Zeera Agus ... Ibu Agus
Umi Kalthom ... Ibu Murad
Norizan ... Ibu Ani
Rugayah ...
Taufik Ali ...
Ismail Mahmud ...
Jane Barr ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Merdeka Film Productions ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Bukan Salah Ibu Mengandung
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
1969
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| TriviA
Filem pertama
arahan Jins Shamsuddin.
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Equity Master
No. Siri: Tiada
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada P. Ramlee Erti Yang Sakti
(maklumat filem).
|
|