Filem ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Nordin yang
menghadapi masalah kurang keyakinan diri atau ‘inferiority complex’ akibat bentuk fizikal badannya yang gemuk. Masalah dalaman diri yang
bermula sejak dari zaman sekolah ini terbawa-bawa hinggalah dia menjadi seorang eksekutif syarikat
komputer di Cyberjaya. Malah dia juga masih lagi menjadi mangsa buli rakan sekolahnya, Roy yang
kebetulan muncul di tempat kerja Nordin sebagai pengurus. Ketika menghadapi konflik yang tidak menentu
ini, Nordin bertemu dengan pakar sakit jiwa bernama Dr Ika yang kemudian
membantu membina semula keyakinan dirinya. Dari situlah berputiknya cinta Nordin dan Dr
Ika.
The story is about
Nordin, a man with low self-esteem who is constantly bullied by a guy
named Roy ever since they were in school. Now that he’s all grown up
and working as a software designer in a big company, Nordin thinks his
bullying problems are all over. He starts to build more confidence in himself,
until in walks the suave and dashing Roy. Soon, Roy starts making life hell for Nordin; even stealing the
latter’s work and proclaiming it as his own. Driven to the edge, Nordin does something drastic, and meets
the wonderful Dr Ika. With her, Nordin is able to stand up for himself and become a more
confident person. However, will he ever be strong enough to face Roy and make
him stop his incessant bullying?
Pengarah
Afdlin Shauki
Penulis
Afdlin Shauki
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Afdlin Shauki
... Nordin
Nasha Aziz ... Dr Ika
Hans Isaac ... Roy
Sharifah Shahira ...
Hattan ...
Ako Mustapha ...
Patrick Teoh ...
Kartina Aziz ...
AC Mizal ...
Jeslina Hashim ...
Jalil Hamid ...
Erma Fatima ...
Harun Salim Bachik ...
Rashid Salleh ...
Riezman Khuzaimie ...
Din Beramboi ...
Ifa Raziah ...
Soraya Dean ...
Jason Lo ...
Joanna Bessey ...
Awie ...
Na’a Murad ...
Pekerja (crew)
Afdlin Shauki
... Muzik
Azmi Jefri ... Solekan & Perunding Imej
Azwan Abdul Aziz ... Penata Seni
Kamarudin Abu ... Penyunting Filem
Indra Che Muda ... Pengarah Fotografi
Na’a Murad ... Pengarah Bersama
Pacai
... Muzik
Wizardworks Production ... Kesan
Khas Visual & Bunyi
Penerbit
Johari Amat
... Penerbit
Lazizah
Ahmad ... Penerbit Eksekutif
Grand
Brilliance Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem: Buli
Judul Bahasa Inggeris: Bully
Slogan:
Hidup jangan jadi mangsa / Filem yang paling
selamba 2004
Jenis cerita:
Komedi / Romantik Bahasa: Melayu
Tarikh mula penggambaran: 2 Januari
2003 Tarikh tamat penggambaran: 12 Mac
2003 Antara lokasi penggambaran:
Kuala Lumpur; Lukut, Negeri Sembilan
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-17, 2004 ANUGERAH: Cerita Asal Terbaik - Afdlin Shauki Lakonlayar Terbaik - Afdlin Shauki Pengarah Harapan - Afdlin Shauki
Pertandingan:
9th Malaysia Video Awards, 2004 ANUGERAH: Best ASEAN Feature - Silver Award
Pertandingan: Anugerah Skrin TV3 ke-7, 2005 ANUGERAH: Pengarah Terbaik - Afdlin Shauki Lakonlayar Terbaik - Afdlin Shauki Pelakon Lelaki Terbaik - Afdlin Shauki
TriviA
Afdlin Shauki
mengarah filem ini atas galakan Shuhaimi Baba
yang berpendapat bahawa skrip Buli tulisan
Afdlin ini berpotensi besar untuk dijadikan
sebuah filem.
Pada bulan April 2001, filem ini dikatakan akan
diterbitkan oleh Habsah Hassan (penerbit Soal
Hati) dan watak pelakon wanitanya pernah
ditawarkan kepada Erra Fazira dan Sofia Jane.
Watak lelaki utama pada awalnya dinamakan Roslin,
seorang kerani bank.
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.