Sambungan dari
filem Buli: Roy dikejarkan ke hospital dan dia ditemani Nordin.
Menurut Doktor Selina, Roy tiada harapan hidup. Sementara itu
Rudy yang cuba melarikan diri ditangkap polis di pintu masuk
Bukit Aman. Enam bulan berlalu dan Nordin berjaya menjuarai
rancangan kuiz kegemaran ramai, Siapa Salah Kena Karan. Rudy
yang berada di penjara juga membuat pertaruhan sesama banduan di
atas kemenangan Nordin tetapi air mukanya berubah apabila dia
mula mengecam muka Nordin dari tempat kemalangan Roy. Suatu
hari, Nordin terkejut kerana terserempak dengan Roy di hospital
dan dia tidak percaya yang Roy masih hidup. Kata Doktor Selina
hanya mereka yang rapat dengan Roy boleh membantu memulihkan
ingatannya. Doktor Selina mencadangkan agar Nordin membawa Roy
pulang tetapi Shaff tidak setuju. Adakah Nordin akan membalas
dendam terhadap Roy? Filem ini akan merungkai persoalan apakah
Nordin yang seringkali dibuli oleh Roy pada filem pertama itu
akan menjadi seperti Roy apabila dia memperoleh kesempatan yang
sama.
Taking off six
months after the events in the first movie, Nordin ran into his
childhood bully, Roy, who is supposed to be dead (after the
accident in the first instalment). It turns out that Roy
survived the horrible crash, but has lost all his memories. Now
that Nordin is inferior to Roy, will he take advantage of this
situation and turn the tables around? Or will he really help Roy
recover his memory?
Pengarah
Afdlin Shauki
Penulis
Afdlin Shauki
... Cerita & Lakon layar
Pelakon
Afdlin Shauki
... Nordin
Hans Isaac ... Roy
Nasha Aziz ... Dr Ika
AC Mizal ... Rudy
@ Ramlan Ram
Umie Aida ... Dr Selina
Patrick Teoh ... Tan
Sri Michael
Ako Mustapha ... Shaff
Syanie ...
Sharifah Shahira ...
Soraya Dean ...
Harun Salim Bachik ...
Harith Iskandar ...
Aziz M. Osman ...
Adibah Noor ...
Wahid Senario ...
Riezman Khuzaimi ...
Ramlah Ram ...
Pekerja (crew)
Indra Che
Muda ... Pengarah Fotografi
Penerbit
Ahmad
Puad Onah ... Penerbit
Grand
Brilliance Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Vision Works (M) Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Tall Order Productions Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem:
Buli Balik
Judul asal:
Buli 2 Slogan: Kau ingat kau dah kuat?
Jenis cerita: Komedi / Drama Bahasa: Melayu
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!