Sinopsis
Burung Besi seperti nama tajuknya bukanlah cerita mengenai burung tetapi ia merujuk kepada kegiatan
penyeludupan kapal terbang kawalan jarak jauh. Azri yang gemar bermain alat kawalan tersebut
menggunakan kepintarannya dengan mengubah suai mesin terbang itu. Apabila dia melekatkan kamera
pegun di kapal terbangnya yang akan mengambil gambar setiap 10 saat, banyak gambar
keadaan sekeliling yang tidak dapat dilihat dan tersembunyi ditemui. Ini termasuklah gambar yang amat
mencurigakan. Azri dan rakannya Leman yang musykil dengan gambar itu mula menyiasat dan turut dibantu oleh
Irin. Mereka menjejaki punca gambar itu diambil dan Azri yang terlalu ghairah mahu mengetahui perkara
sebenar, membawa lari kapal terbang kawalan jauh kesayangan ayahnya. Pak Hamid yang
mengetahui perbuatan Azri mengekori anaknya itu dengan bantuan Irin hingga dia sendiri tahu perkara yang sedang
berlaku. Seorang wanita yang digelar My Lady lakonan Azean Irdawaty bimbang dengan kehadiran kapal terbang
Azri kerana ia boleh menggagalkan kegiatannya. My Lady menyuruh orang suruhannya, Iron Man
menghapuskan Azri dan rakannya supaya kegiatan penyeludupannya yang turut menggunakan kapal
terbang kawalan jarak jauh berjalan lancar. Malangnya kelicikan remaja seperti Azri dan rakannya sukar
untuk ditandingi Iron Man. Mereka berjaya menggagalkan kegiatan My Lady dengan menembak jatuh
beberapa burung besinya dan ditahan oleh pihak berkuasa.
As you heard from its title, its not related to any metal bird in this film but focus on the activity of a black
market selling remote flying planes. Azri whose hobby playing with such remoting games have been
learning modifying and reconstructing the aero models out of his creativity. One day, he accidentally
captured the activity of the bad guys which he had fixed it on one of his remote planes. The
leader of the bad guys team was played by Azean Irdawaty. So its up to Azri and his friends to bring the bad guys
activity to a halt as well as behind bars!
Pengarah
Badaruddin Azmi
Penulis
Unit Skrip Grand Brilliance
... Cerita
Pelakon
Azean Irdawaty ... My Lady
Shahrul Nizam ... Azri
Noraini Morat ... Irin
Hairul Rickyno ... Leman
Pekerja (crew)
Badaruddin Azmi
... Pengarah Fotografi
Penerbit
Grand Brilliance Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|