Filem ini
membawa kisah mengenai Solo, remaja yang dibesarkan di Sungai
Golok. Solo berkahwin dengan seorang gadis Thai bernama Chalita.
Di saat Chalita hamil, Solo mula menjalankan kegiatan sebagai
pengedar dadah untuk menjadikan kehidupan keluarganya lebih
mewah. Tapi Solo tertangkap dan dia dipenjara selama 20 tahun.
Di dalam penjara, dia dikenali sebagai Castello. Keluar dari
penjara, Castello cuba mengesan semula isteri dan anaknya. Tapi
dia kecewa bila mengetahui anak gadisnya Phim telah menjadi
penagih dadah. Castello berusaha untuk menyelamatkan Phim yang
tidak menyedari bahawa Castello adalah bapanya. Satu hari
Castello merampas duit Phim sewaktu gadis itu sedang berurusan
untuk membeli dadah. Kerana terlalu ketagih, di luar kesedaran
Castello, Phim telah bertemu dengan pengedar dadah dan
menceritakan masalah kewangannya. Si pengedar berlagak baik dan
memberi Phim dadah yang diperlukannya. Tapi di saat Phim sedang
khayal, dia dirogol oleh konco-konco pengedar itu sebagai
bayaran hutangnya kepada pengedar tersebut. Castello 'naik gila'
sebaik saja mengetahui kemusnahan hidup Phim. Dia berazam untuk
membalas dendam. Tapi di saat sedang bergelut menuntut bela
terhadap maruah anaknya yang telah tergadai, Chalita (isteri
Castello) telah dibunuh oleh konco-konco pengedar itu. Tentu
saja Castello menjadi bertambah marah dan dia bertindak lebih
gila. Namun mampukah Castello berhadapan dengan pengedar
profesional itu?
A journey into
the dark side of gangsterism and drugs. The movie begins with a
young Castello growing up surrounded by criminal activities in
Sungai Golok and eventually becoming involved in them. Whilst on
the rise in his criminal career, he falls for Chalita, the
sister of an associate, and gets married to her. The marriage is
short lived as Castello eventually gets caught and is sentenced
to prison for his crimes. In prison, Castello turns over a new
leaf in the hopes of atoning for his bad deeds. However, all is
not as easy as it seems upon his release.
Pengarah
Badaruddin Azmi
Penulis
Badaruddin Azmi
... Cerita & Lakon layar
Pelakon
Rosyam Nor
... Castello @ Solo
Erra Fazira ... Chalita
Que Haidar ... Sepet
Zain Ruffedge ... Solo (remaja)
Liyana Jasmay ... Phim
Nur Emy Nadia ... Chalita (remaja)
M. Rajoli ...
Nasrizal Ngasri ...
Zack Taipan ...
Bront Palarae ...
Erma Fatima ...
Kamarool Yusof ...
Prono ...
Pekerja (crew)
Azman Abu
Hassan ... Penata Bunyi
Badaruddin Azmi
... Penyunting Filem
Mohd Azla
Kamaruddin ... Pengarah Fotografi
Nazrul Asraff Mahzan ... Pengarah
Seni
Norhishamuddin Md Isa ... Pengurus
Produksi
Zaitun Kassim ... Penolong Pengarah
Zul Mahat ... Muzik Latar
Penerbit
Rosyam Nor ... Penerbit
Eksekutif
Runika
Mohd Yusuf ... Penerbit Eksekutif
Gifari Wari
... Penerbit Bersekutu
Badaruddin Azmi
... Penerbit Bersekutu
Nusanbakti Corporation Sdn Bhd
... Syarikat Penerbitan Filem
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan
Filem
Lain-lain
Berjaya Film
Production Sdn Bhd ...
Pengedar Filem
Julie's Biscuits ... Penaja Utama
Naza World
... Penaja Bersama
Kamdar Group (M) Berhad ... Penaja Bersama
Judul
filem:
Castello
Slogan:
Tiada satu kejahatan yang baik
Jenis cerita:
Drama / Jenayah Bahasa: Melayu
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna Sistem bunyi: Dolby Digital Surround Ex
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: Oktober 2004
Tarikh tamat penggambaran: November 2004
Antara lokasi penggambaran: Sungai Klang, Setapak, Kuala Lumpur;
Kampung Tepi Sungai, Lubok Stol, Rantau Panjang,
Kelantan; Golok, Thailand
TriviA
Watak Castello
mula diperkenalkan oleh Yusof Haslam dalam
filem
Gerak Khas The Movie (2001), dan kemudiannya
Rosyam Nor membuat penampilan istimewa dalam
filem MX3 (2003)
dengan membawakan watak Castella yang menyerupai
watak Castello.
Penaja utama filem ini, Julie's Biscuits telah
mengeluarkan biskut berjenama Castello untuk
pasaran Malaysia.
Pembikinan filem ini mendapat bantuan pinjaman
sebanyak RM400,000 daripada FINAS.
Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Sesat Dalam Gelita Penyanyi: Tam (Spider)
"Tidak perlulah
saya nyatakan berapakah jumlah wang yang
dibelanjakan untuk promosi filem ini, tetapi
cukup kalau saya katakan ia melebihi daripada
kos pembikinan filem Castello sendiri iaitu
RM1.2 juta" - Rosyam Nor (Harian Metro,
30 Julai 2005)
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
Komen
& sumbangan
Hantarkan kepada kamal@filemkita.com
Teruskan menyokong dan
membangunkan Filem Malaysia. Syabas!