Kisah kesukaran dan kemiskinan yang
dihadapi oleh keluarga Ravi yang tinggal dan bekerja di estet getah
sekitar tahun 60-an. Kemiskinan yang dihadapi oleh keluarga ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan
masalah kemiskinan yang dihadapi oleh kaum-kaum lain di Malaysia
ketika itu. Bagaimanapun usaha untuk keluar daripada permasalahan yang telah dibentuk oleh budaya, sosial dan kelemahan sistem ekonomi ini
bukan mudah. Jalan penyelesaian ialah memberikan mereka pengetahuan dan pendidikan. Tetapi untuk
mendapatkan pelajaran yang tinggi sebagai paspot untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih
baik, memerlukan pembiayaan yang bukan sedikit. Apatah lagi bagi keluarga yang mempunyai anak yang banyak seperti keluarga
Ravi dan isterinya Mani yang mempunyai lima orang anak. Walaupun perkahwinan anak-anak boleh
meringankan keluarga ini dalam menyara kehidupan keluarga tetapi mengahwinkan anak perempuan mereka
Lalitha bagi keluarga ini membawa beban tersendiri kerana mereka terpaksa menyediakan perbelanjaan dowri
yang banyak. Apabila anak kedua mereka Shantha berjaya dalam pelajaran dan ditawarkan ke
universiti, ia seharusnya akan menjadi jalan untuk membawa keluarga ini keluar dari lingkungan kemiskinan. Tetapi untuk ke
universiti, sekali lagi keluarga ini memerlukan penyediaan perbelanjaan yang besar. Jadi jalan mudah ialah
meminta Santha berhenti belajar dan bekerja sebagai usaha membantu keluarga dan adik-adiknya yang lain
bersekolah.
The story is about a girl named Shantha and her family.
Shantha lives in an estate where higher education for women is near impossible.
Shantha aspires to leave the estate and further her studies. However, due to many unfortunate circumstances this dream becomes a difficult one to achieve.
Albert Hue
... Pengarah Fotografi
Charin Chong ... Pembantu Produksi
Cupin ... Gaffer
Danny Lim ... Jurufoto
Hardesh Singh ... Muzik
Khairul Hakimin ... Penata Bunyi
Malini Devi ... Pengurus Promosi
Ravi ... Jurufoto
Shahrizal Amri ... Pembantu
Produksi
Sharon Lee ... Pereka Produksi
& Pengurus Promosi
Sujenthiran ... Penolong Jurukamera
Sylvia Ong ...
Pengarah
Seni
Vimala Perumal ... Pengurus
Produksi
Penerbit
Tan Chui Mui
... Penerbit
Shanker ... Penerbit Eksekutif
Onehundredeye Sdn Bhd
... Syarikat Penerbitan Filem
Judul
filem: Chemman Chaalai
Slogan: An Indian film without singing and dancing, Chemman Chaalai is a film about Malaysian Indians told in a Malaysian way Judul Bahasa Inggeris: The Gravel Road Judul Bahasa Melayu: Jalan Tanah Merah
Jenis cerita: Drama Bahasa: Tamil
Tayangan
Tarikh mula tayangan:
13 Januari 2005
(Kuala Lumpur)
24 Februari 2005 (Pulau Pinang)
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM100,000
Teknikal
Jenis filem: Video Digital Corak filem: Warna Tempoh tayangan: 92 minit
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran: Institut Kajian Perhutanan Malaysia
(FRIM), Kepong; Sungai Buloh (Selangor)
Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Anugerah Skrin TV3 ke-7, 2005 ANUGERAH: Sinema Alternatif Terbaik - Tan Chui Mui
& Deepak Kumaran Menon Penyertaan:
34th Rotterdam International Film Festival, 2005
(Netherlands).
48th San Francisco International Film Festival,
2005 (USA).
Barcelona Asian Film Festival, 2005.
Osian's Cinefan Asian Film Festival, 2005 (New
Delhi, India).
Asian Film Symposium - Moving Images, 2005
(Singapore).
Fukuoka International Film Festival, 2005
(Japan).
Pusan International Film Festival, 2005 (South
Korea).
TriviA
Sooria Kumari
menulis cerita ini berdasarkan kisah hidupnya
yang membesar di sebuah ladang getah di Labis,
Johor. Beliau adalah seorang guru dan juga ibu
kepada pengarah filem ini, Deepak Kumaran Menon.
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.