Chermin / 2007

Sinopsis

Chermin adalah kisah seram yang mendebarkan mengenai seorang perempuan yang rohnya terperangkap dengan dendam dalam sebuah cermin antik. Plot cerita ini bertumpu kepada Nasrin yang mengalami kecacatan pada mukanya akibat kemalangan jalan raya yang penuh misteri. Nasrin mendapati dirinya begitu tertarik kepada sebuah cermin antik warisan keluarga yang ditemui oleh ibunya. Akhirnya, Nasrin menjadi obses dengan cermin tersebut sehingga mengagumi roh cermin itu dalam usahanya mengembalikan kecantikan wajahnya. Harga yang harus dia bayar ialah memuaskan tuntutan cermin tersebut yang menuntut darah dan dendam. Apakah dia sanggup mengorbankan cinta demi keangkuhannya? Adakah dia mampu melihat ke dalam dirinya dan melihat kecantikan dalamannya? Atau apakah yang tercermin di hatinya adalah bayangan cermin itu?

Chermin is a horror/suspense thriller about a woman who is haunted by a vengeful spirit trapped in an antique mirror. The plot centers on Nasrin, whose face has been disfigured from a mysterious car accident. When her mother discovers an antique mirror hidden amongst old family heirlooms, Nasrin finds herself strangely drawn to it. Nasrin’s fascination with the mirror turns into obsession and she starts taking on the persona of the mirror spirit, Mastura. On her quest to regain her past beauty, Nasrin submits herself to the mirror spirit by satisfying the mirror’s need for blood and revenge. Will she be able to sacrifice love for vanity? Is she able to look inside herself and see the beauty within? Or is what is reflected in her heart a shadow of the mirror?


Pengarah

Zarina Abdullah


Penulis

Zarina Abdullah ... Lakon layar


Pelakon

Deanna Yusoff ... Mastura
Natasha Hudson ... Nasrin
Khatijah Tan ... Mak Siti
Farid Kamil ... Yusuf
Maimon Taib ... Mak Ngah
Sheila Mambo ... Minah
Shoffi Jikan ... Zakaria
Farah Ahmad ... Rosnah
Catriona Ross ... Yasmin
Haryanto Hassan ... Hassan
Lisdawati ... Zahrah
Mustapha Maarof ... Pak Din
Ghazali Abu Noh ... Bomoh
Fauziah Nawi ... Mak Lang
M. Rajoli ... Pak Ungku


Pekerja (crew)

Adeline Wong ... Skor Muzik
Adnan Rahman ... Makeup & Wardrobe
Andy Sulaiman ... Pengarah Seni
Roszali Samad ... Pengarah Fotografi


Penerbit

Zarina Abdullah ... Penerbit
Ummi Khaltoum Abdullah ... Penerbit Eksekutif
Starry Eye Productions ... Syarikat Penerbitan Filem

Judul filem:
Chermin

Judul Bahasa Inggeris: Mirror
Slogan:
If you look into the mirror, you will see evil
Jenis cerita:
Seram / Triller
Bahasa:
Melayu

Tayangan

Tarikh mula tayangan umum: 2007

Teknikal

Jenis filem: 35 mm
Corak filem:
Warna

Bikin filem

Tarikh mula penggambaran: 22 Ogos 2005
Tarikh tamat penggambaran:
28 September 2005
Antara lokasi penggambaran:
Hospital Kuala Lumpur; Janda Baik, Pahang

Jaringan laman web

Chermin (laman web rasmi)



Filem lain: A|B|C|D|E|F|G|H|I|J|K|L|M|N|O|P|Q|R|S|T|U|V|W|X|Y|Z Mula


Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com) merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era 2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Penghargaan
Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat dalam laman web ini. Terima kasih khas kepada Zarina Abdullah (maklumat filem)

Komen & sumbangan

Hantarkan kepada kamal@filemkita.com

Teruskan menyokong dan membangunkan Filem Malaysia. Syabas!

Idea, rekabentuk & pengumpulan maklumat oleh Kamal Hakcipta laman web © 1999-2006 khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara