Cholesterol Teerak / 2004

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang satu perjanjian di antara keluarga Santi dengan keluarga Piroj untuk menjodohkan kedua-dua anak mereka satu hari nanti. Perjanjian itu dilafazkan atas satu kejadian yang berlaku semasa Lukked (anak Piroj) dan Jedsada (anak Santi) masih kecil. Dua puluh tahun telah berlalu, kini Jedsada adalah seorang jejaka tampan yang baru pulang ke tanah air setelah tamat pengajian di luar negara. Manakala Lukked membesar sebagai seorang gadis yang sungguh gemuk dan berpersonaliti kurang menarik serta ketinggalan dari segi perkembangan fesyen semasa. Konflik bakal melanda kedua-dua mereka apabila Jedsada mengetahui mengenai perjanjian itu. Jedsada merasa semakin tertekan apabila mendapati rupa paras Lukked tidak seperti yang disangkakannya. Dalam masa yang sama, Nadia muncul dalam hidup Jedsada dan cuba memenangi hati Jedsada. Manakala Lukked juga turut cuba mendekati Jedsada tetapi ditolak dan dihina oleh Jedsada. Lukked kecewa lalu menghilangkan diri. Jedsada meneruskan hidup dengan biasa sehinggalah pada suatu hari, muncul seorang gadis yang sangat cantik bernama Matinee. Jedsada benar-benar terpikat dengan kecantikan Matinee dan berusaha untuk mendampingi gadis itu tetapi setiap kali dia berusaha, dia gagal untuk memenangi hati Matinee. Akhirnya pada suatu hari Jedsada mengetahui kedudukan Matinee yang sebenarnya. Siapakah Matinee? Dapatkah Jedsada memikat Matinee dan menebus kesilapannya terhadap Lukked?


Pengarah

A. Razak Mohaideen
Chartchai Maliwan
(Thailand)


Penulis

A. Razak Mohaideen ... Skrip (adaptasi filem Cinta Kolestrol)


Pelakon (Thailand)

Watchara Tungkaprasert (Andy) ... Jedsada @ Jed
Matinee Kingpayom ... Lukked & Matinee
Chutima Avery (Candy) ... Nadia
Sombop Benjatikul ... Santi
Kanchit Kwanpracha ... Piroj
Tana Bunmee ... Jedsada (kecil)
Thitirat Ponbul
... Lukked (kecil)
Pradon Sirakovip ...


Pekerja (crew)

A. Latiff Mohaideen ... Penerbit Penyelaras
Elina Kumlander
(Fido Film Ltd, Sweden) ... Kesan Khas Solekan
Kaj Steveman
(Fido Film Ltd, Sweden) ... Kesan Khas Solekan
Zainal Abidin Othman ... Pengarah Fotografi


Penerbit

David Teo ... Penerbit
Metrowealth Holdings Ptd Ltd ... Penerbit Bersama
Metrowealth Movies Production ... Syarikat Penerbitan Filem

Judul filem:
Cholesterol Teerak

Judul awal: Cinta Kolestrol 2
Jenis cerita:
Komedi / Romantik
Bahasa: Thai

Tayangan

Tarikh mula tayangan umum:
11 November 2004 (Thailand)

Urusniaga

Kos pembikinan filem: RM4 juta

Teknikal

Jenis filem: 35 mm
Corak filem:
Warna
Sistem bunyi: Dolby Digital Surround
Tempoh tayangan: 108 minit

Bikin filem

Tarikh mula penggambaran: 10 Mei 2004
Tarikh tamat penggambaran:
7 Jun 2004
Antara lokasi penggambaran:
Bangkok, Thailand

TriviA

Filem usahasama Malaysia - Thailand.

Filem ini tidak ditayangkan di pawagam Malaysia.

Filem ini menggunakan teknik rakaman suara secara terus di lokasi.

Kesan khas solekan filem ini menggunakan bahan silikon, sama seperti filem Hingga Hujung Nyawa (2004). Sebaliknya filem asal Cinta Kolestrol (2003) cuma menggunakan bahan latex yang lebih murah.

Matinee Kingpayom, bekas Ratu Cantik Thailand, menerima tawaran membawakan watak gadis gemuk dengan bayaran sebanyak RM200,000 (Berita Harian, 20 Mac 2004)

Kaitan filem

Berdasarkan filem asal:
Cinta Kolestrol (2003)

Jaringan laman web

Metrowealth Movies




Filem lain: A|B|C|D|E|F|G|H|I|J|K|L|M|N|O|P|Q|R|S|T|U|V|W|X|Y|Z Mula


Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com) merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era 2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Penghargaan
Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat dalam laman web ini.

Komen & sumbangan

Hantarkan kepada kamal@filemkita.com

Teruskan menyokong dan membangunkan Filem Malaysia. Syabas!

Idea, rekabentuk & pengumpulan maklumat oleh Kamal Hakcipta laman web © 1999-2006 khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara