Sinopsis
Pemberontakan
terjadi di sebuah negeri menyebabkan hampir seluruh penduduk di
sebuah bandar terbunuh. Antara yang terselamat ialah seorang
hamba yang setia dan seorang tuan puteri kecil yang
diselamatkannya. Mereka berdua berjaya melarikan diri ke sebuah
kampung nelayan. Di kampung itu, dia memelihara tuan puteri itu
sebagai anak perempuannya sendiri. Beberapa tahun selepas itu,
raja yang memberontak di negeri tersebut telah mangkat.
Puteranya telah menggantikan tempat baginda. Ketika raja baru
itu melawat ke kampung nelayan itu, dia bersua dengan tuan
puteri yang sudah dewasa. Raja dan tuan puteri telah jatuh cinta
antara satu sama lain. Mereka begitu gembira apabila mengetahui
asal usul masing-masing dan menyelesaikan segala perselisihan
yang berlaku dahulu.
Pengarah
BS Rajhans
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
S. Roomai Noor
Siput Sarawak
Jaafar Wiryo
Daeng Harris
P. Ramlee
Suhara Effendi
Norsiah
Lelawati
Pekerja (crew)
Alfonso
Soliano ... Pemimpin Pancaragam
Cheng Chow Tong ... Jururakam Suara
Chow Cheng Kok ... Jurukamera
Kwo Chang Tsen ... Jurukamera
Yap Yan Seng ... Jururakam Suara
Zubir ... Penggubah Lagu
Penerbit
Malay Film Productions Ltd ... Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Shaw
Brothers Ltd ... Pengedar Filem
|
Judul
filem:
Cinta
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
31 Oktober 1948
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
|
|
| TriviA
Filem pertama
lakonan P. Ramlee. Ketika itu beliau berusia 19
tahun dan memegang watak kecil sebagai penjahat.
BS Rajhans
memilih P. Ramlee sebagai pelakon setelah
melihat persembahan nyanyiannya dalam satu
pertunjukan.
Nyanyian
pelakon utama S. Roomai Noor menggunakan suara
P. Ramlee.
Selain berlakon,
P. Ramlee turut bertugas sebagai pekerja di
belakang tabir.
Pembikinan
filem ini mengambil masa lima bulan untuk
disiapkan.
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada FarahAqil.com (poster
filem), P. Ramlee Erti Yang Sakti (maklumat filem).
|
|