Sinopsis
Yazid dan Yati berkawan baik sejak kecil. Setelah dewasa mereka sama-sama bertugas sebagai caddy di
sebuah Kelab Golf yang kecil dan kurang terkenal. Dalam diam-diam Yati sebenarnya menyimpan perasaan
cinta terhadap Yazid. Di saat Yati bersedia untuk menyatakan perasaannya pada Yazid, tiba-tiba muncul
Nor, seorang anak Dato' yang kaya raya, pemilik sebuah Kelab Golf di Kuala Lumpur. Suatu hari
Nor dan bapanya telah mengundang Yazid untuk menjadi pemain golf amatur di Kelab mereka. Yazid tidak mungkin
menolak pelawaan tersebut kerana kejelitaan Nor telah menambat hatinya dan menjadi pemain golf
profesional adalah impiannya. Maka bermain di Kelab yang lebih besar di Kuala Lumpur adalah satu peluang
keemasan bagi Yazid. Yati pula tidak sanggup melihat penghijrahan Yazid ke sana
bersendirian, lalu dia berusaha untuk dipilih sama ke sana. Hakikatnya Yazid juga memerlukan Yati bersamanya ke Kuala Lumpur
kerana selama ini Yatilah inspirasinya. Di Kuala Lumpur, Yazid tinggal serumah dengan Amri, seorang caddy
yang pada mulanya Yazid anggap seorang yang aneh. Setelah bermain untuk kelab golf bapa Nor, ternyata
Yazid banyak membawa kejayaan sebagai pemain golf amatur yang menyerlah dan Yatilah yang terus
menjadi inspirasi Yazid dalam permainan golfnya. Tidak lama selepas itu, perasaan cinta Nor
terhadap Yazid juga terserlah hingga menyinari jauh ke dalam lubuk hati Yazid. Kemesraan antara Yazid dan Nor sangat
mengguris perasaan Yati. Amri yang semakin akrab dengan Yazid telah cuba menjadi orang
tengah, sehingga dirinya juga turut terjebak dengan perasaan cinta yang amat mendalam di hatinya. Amri jatuh
cinta pada Yati tetapi tidak mungkin akan meluahkannya, kerana mengetahui
Yati amat menyintai Yazid dan mutahil pula bagi Yati untuk mencurahkan rasa cintanya pada Yazid kerana Yazid sering menceritakan
pada Yati betapa dia kasih pada Nor. Maka, dari situ bermulalah berbagai kekeliruan dan pergolakkan
antara mereka bertiga. Namun dalam apa pergelutan sekalipun, Yazid cuba untuk meminggirkan Nor dan
Yati malah memberi keutamaan pada golf. Apakah aku lebih menyintai golf
dari segala-galanya? Bermaknakah kehidupan seseorang itu tanpa jatuh cinta? Bolehkah perasaan cinta menguasai
perasaan-perasaan lain? Apakah makna cinta sebenarnya? Inilah persoalan yang timbul di dalam jiwa Yazid
ketika dia sedang menghadapi suatu pertandingan golf yang amat penting baginya untuk mendapat gelaran
sebagai pemain golf profesional. Dan dengan hanya satu pukulan yang jaraknya 200 ela, maka terjawablah
segala persoalan ini buat Yazid.
Pengarah
Shadan Hashim
Penulis
Raja Azmi
... Skrip
Pelakon
Rashid Sidek ... Yazid
Wardina ... Nor
Raja Azura ... Yati
Man Bai ... Amri
Sophia Ibrahim ...
Redzuan Hashim ...
Mahyon Ismail ...
Zaibo ...
Rambo Chin ...
Ramasundram ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Raja Azmi
... Penerbit Eksekutif
JAS Production Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Cinta 200 Ela
Slogan : Jelaskan erti cinta dengan satu
perkataan
Jenis cerita: Drama / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
6 Disember 2002
|
|
|
Urusniaga
Kutipan jualan tiket: RM147,066.40
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: 35 mm
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: 14 Mei 2001
Antara lokasi penggambaran: Saujana Golf Club, Kuala
Kubu, Selangor; Kuala Lumpur
|
|
| TriviA
Rashid Sidek mempelajari teknik asas lakonan daripada Khalid Salleh selama tiga bulan sebelum penggambaran dimulakan.
Filem ini
ditayangkan serentak dengan filem Mami Jarum
(2002) pada Hari Raya Aidilfitri.
Filem ini
adalah cerita sambungan daripada novel tulisan
Raja Azmi berjudul Cinta 100 Ela. Novel tersebut
telah diharamkan jualannya kerana dikatakan
mengandungi unsur lucah.
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|