Sinopsis
Filem ini mengisahkan
tentang satu perjanjian di antara keluarga Haji Zaini dengan keluarga Dato' Osman
yang ingin menjodohkan kedua-dua anak mereka satu hari nanti. Perjanjian ini
dilafazkan setelah satu kejadian berlaku ketika Fazira (anak
Dato' Osman) dan Ahmad Yusry (anak Haji Zaini) masih kecil. Dua puluh tahun
kemudian, kedua-dua mereka meningkat dewasa. Yusry kini jejaka tampan berpendidikan
tinggi serta baru pulang ke tanah air. Manakala Fazira, membesar
sebagai seorang gadis yang sangat gemuk, mempunyai personaliti yang kurang menarik
serta ketinggalan dari segi perkembangan fesyen semasa. Konflik melanda apabila
Yusry berasa tertekan akibat perjanjian lisan yang dilafazkan kedua-dua ibu bapa
mereka suatu ketika dulu. Yusry menjadi lebih tertekan setelah mengetahui bahawa keadaan
Fazira tidak seperti yang disangkakannya. Rupa paras sebenar Fazira terlalu jauh
daripada imaginasinya yang langsung tidak menepati seleranya. Pada masa yang
sama, Nadia muncul dan cuba menawan Yusry. Fazira pula tetap cuba mendekati
Yusry, tetapi Yusry menolak cintanya. Fazira yang terlalu kecewa
dengan Yusry telah menghilangkan diri sehinggalah pada suatu hari, muncul seorang
gadis jelita. Yusry berusaha mendampingi gadis tersebut tetapi setiap kali itulah dia
gagal. Sehinggalah pada suatu hari, dia menerima jemputan Dato'
Osman. Adakah Yusry dan Fazira bakal disatukan seperti mana perjanjian yang
pernah dilafazkan antara dua keluarga, dan siapakah gadis jelita
yang cuba dipikat oleh Yusry?
Haji Zaini and
Dato' Osman, two family friends, have promised an arranged
marriage between their two children, Fazira and Yusry, when they were still very little. Twenty
years later, Yusry returns home from England as a handsome and
educated young man. After not seeing each other for seven years,
Yusry is appalled to find her childhood sweetheart (and future
wife) as an overweight and introvert young woman. Deeming Fazira
as not being up to his taste and standards, he rejects and
humiliates Fazira in public. A year later, a beautiful model,
Erra, turns up and captivates Yusry's heart, but all his
attempts to befriend the model are shunned and pushed away.
Pengarah
A. Razak
Mohaideen
Penulis
Azhari
Zain ... Lakonlayar
Abdul Shukor Mohaideen ... Skrip
asal
A. Razak
Mohaideen ... Konsep cerita
Pelakon
Erra Fazira
... Fazira & Erra
Yusry (KRU) ... Ahmad Yusry
Hafidzuddin Fadzil ... Dato'
Osman
Abu Bakar Omar ... Haji Zaini
Aleeza Kassim ... Nadia
Farid Kamil ... Saiful
Edrinaz (Dynaz) ... Fatin
Liza Zain ... Hajah Zaiton
Adik Asyhraf ... Yusry (kecil)
Adik Fifi ... Fazira (kecil)
Wan Khatijah ... Doktor
Azman ... Mekanik
Abot ... Kawan Fazira
Kuman (Bob KU2) ... Kawan Fazira
Neetylina Abu Bakar ... Kawan Nadia
Shahrun Nizam Suhaimi ... Kawan Nadia
Norhaslinda Abu Bakar ... Fazira
(stand-in)
Zainab Bukhary ... Fazira (stand-in)
Rizal Othman ... J. Mizan
A. Razak
Mohaideen ... Lelaki di
supermarket
Pekerja (crew)
A. Latiff Mohaideen ... Penerbit
Penyelaras
Affendy Salleh ... Rakaman Suara,
Kesan Khas & Foley
Ahmad Faizal Azmi ... Audio
Dzia Agi ... Props
Edry (KRU) ... Penata Muzik,
Penggubah Lagu & Penulis Senikata
Elina Kumlander (Fido Film Ltd, Sweden) ... Kesan Khas Solekan
Erman Maharam ... Penolong Pengarah
Faizul A. Rashid ... Pengurus
Produksi
Hashim Rejab ... Pengarah Seni
Ikhzal Azfarel Ideris ...
Penyelaras Pasca Produksi
Kaj Steveman (Fido Film Ltd, Sweden) ... Kesan Khas Solekan
Kay Azman ... Tatarias
Khairul Anwar Mat Kassim ...
Pengarah 'Di Sebalik Tabir'
Mariam Ibrahim ... Penyunting Filem
Mazlan Hasyim ... Tatarias
Mazlin Anita ... Wardrobe &
Kesinambungan
Neves (Pretty Ugly) ... Penggubah
Lagu & Penulis Senikata
Nuri Harmani ... Unit Kamera 2
Nurul Yakin Zakaria ... Rakaman
Suara, Kesan Khas & Foley
Rashidi Taib ... Props
Razali Kasnan ... Pembantu
Jurukamera 2
Rizal Othman ... Kesinambungan
Sohaimi Md. Saad ... Pembantu
Jurukamera 1
Tan Shier ... Jurufoto Still
Zainal Abidin Othman ... Pengarah
Fotografi
Penerbit
David Teo
... Penerbit
KRU Motion Pictures ... Penerbit
Bersama
Erra Fazira Entertainment ... Penerbit Bersama
Metrowealth Movies Production ...
Syarikat Penerbitan Filem
Lain-lain
Gaya Lab
... Pasca Produksi
FINAS Post ... Pasca Produksi
KRU Motion Pictures ... Pasca
Produksi
|
Judul
filem:
Cinta
Kolestrol
Slogan: Filem paling besar... Impak
pasti besar!
Jenis cerita: Komedi / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
25 September 2003
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM1.8 juta
Kutipan jualan tiket: RM3.3 juta
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
Tempoh tayangan: 108 minit
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh mula
penggambaran: Mac 2003
Antara lokasi penggambaran:
Menara Kuala Lumpur, KLIA, Saloma Bistro & Theatre
Restaurant, Gerai Pak Ibrahim, Kampung Baru
|
|
| Anugerah
& festival filem
Pertandingan:
Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
ANUGERAH:
Anugerah Khas Juri - Filem Box-Office
Penyertaan:
1st UK-Malaysia Film Festival, 2004
|
|
| TriviA
Sebanyak lebih dari RM200,000 telah
diperuntukkan bagi kesan solekan khas yang di buat oleh Fido Film dari
Sweden.
Penutup filem ini menunjukkan kerja-kerja
solekan khas untuk menghidupkan watak Fazira.
Terdapat 79 pelakon pembantu yang disenaraikan
dalam kredit akhir filem ini.
|
|
|
|
| Dialog
"Aku rasa kan, dia macam.. malu aje, macam terkejut aje tengok aku. Dia malu kot.. aku ni gemuk" -
Fazira
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu:
Dekat Padamu
Penyanyi: Yusry (KRU)
Judul lagu:
Tangis Dalam Gerimis
Penyanyi: Erra Fazira
Judul lagu tema:
c.k.
Penyanyi: Neves & Pretty Ugly
Jangan kau jelingku sebegitu
Jangan under-estimate kan diriku
Jangan terfikir larikan diri
Jika terlihat ku mendekati
Aku tidak mudah kecil hati
Aku juga tidak pernah tangisi
Walaupun sering ku bersendiri
Di malam Sabtu menonton TV
Jangan kau terlalu mudah hakimi
Yang sebenar di hatiku sexy
Ku bisa mencairkan egomu
Ayatku setebal buku
Beratnya cintaku
Cinta kolestrolku
Pasti kau tak mampu
Menolak cintaku
Dua kerusi untuk diriku
Lima pinggan untuk makan malamku
Ketawakah kau bersama mereka?
Jika ku jatuh kerna kerusi patah
Cuba selami diriku ini
Jadi aku untuk sehari
Pasti kau tak mampu lalui
Walau guna imaginasi
Cintaku aneh, cinta berisi
Muatan terlebih
Tak perlu cari, ku takkan lari
Tak mampu sembunyi
Kerana cinta setiap masa
Semakin bertambah
Cinta setinggi paras kolestrolku
Sebarkan.. beratnya cintaku
Tingkatkan.. cinta kolestrolku
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD Filem & Di Sebalik Tabir
Pengedar: Golden Satellite
No. Siri: GPI 126
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|