Cinta Kolestrol / 2003

Gambar & dialog

Oktober 1978 - ibu Fazira meninggal dunia
Zaman dulu - ibubapa Yusry

Februari 2002 - Fazira dan kawan-kawan

"Ey, ey.. Fazira, aku nak tanya ko ni. Ko ni happyyy... aje, sampai satu supermarket kau borong. Aa.. ada pape ke har?" - Abot

"Aper la kau ni.. kau tak happy ker? Aper lah" - Kuman (kepada Abot)
"A-a laa.. aku tengok kau happy macam bunga matahari. Woi, apesal ha?" - Kuman (kepada Fazira)

"Mana aku tak happy.. buah hati aku nak balik!!" - Fazira
"Ooo.. Yusry nak balik eyy? Ey.. Yusry tu hengsem tak!?" - Abot
"Ellee.. kau ni. Hensem tak hensem, tu belakang punya cerita. Yang penting, dia tak sabar nak jumpa aku!" - Fazira

"Entah-tah, dah ada perempuan lain" - Saiful
"Oi! Engkau ni.. kau cakap baik sikit yea.." - Fazira

"Aper lah engkau. Mulut 'bau longkang'. Ada ke kau cakap kawan aku macam tu. Budak ni, aku 'tangan' nanti" - Kuman (kepada Saiful)
"Eh, kau pernah ke jumpa dia?" - Kuman (kepada Fazira)
"A-a.. kau pernah ke jumpa dia?" - Abot

"Pernah la..." - Fazira
"Biler?" - Kuman
"A-a.. biler?" - Abot

"Sebelum dia pergi London aaa.." - Fazira
"Itu lapan tahun dulu! Badan kau baru besar straw!! Sekarang dah sama besar dengan ni (peha ayam)!! Eh, dia tak terkejut ker.. badan kau sama spesis dengan aku" - Kuman

Yusry pulang - jamuan di rumah Dato' Osman

"Darling..." - Nadia
"Eheheh.. Nad. Nasib baik you datang.." - Yusry
"Ye lah.. Nak jadi menantu Dato' Osman.. Aaa.. rumah besar, kereta besar.. Girlfriend pun bessaar..." - Nadia

"Sia-sia je lah exercise. 'Nak kurus' lah, 'banyak lemak' lah.. Makan tak jugak kontrol. Mana Yusry nak terpikat" - Saiful
"Aii.. kau jangan nak sakitkan hati aku yea. Tak ade maknanye.. kurus ker, gemuk ker.. Yusry tu memang dah conffirmm jadi laki aku tau! Jeles... wekkk!" - Fazira

"Ha... tahu pun. Habis tu, yang kau tu.. kekonon frust tu kenape?" - Saiful
"Yer lah.. aku tak kisah kalau dia nak balik awal ke ape ke. Tapi.. tak makan, ha, tak bercakap, baju kotorlah. Aku rasa kan, dia macam.. malu aje, macam terkejut aje tengok aku. Dia malu kot.. aku ni gemuk" - Fazira

Di restoran...

"Awak tahu pasal perjanjian antara famili kita untuk satukan kita?" - Yusry
"Soalan saya awak belum jawab lagi... janganlah tukar topik Yusry.." - Fazira

"Yes, OK. Nadia dan saya sama-sama satu kolej. Hm, kami memang rapat. Ye, dia yang angkat call awak masa awak call hari tu. Kita orang keluar main bowling. But, she is not special... but that's not the point. The point here is, saya dipaksa kahwin dengan awak.. dan orang yang buat perjanjian tu memang kejam!" - Yusry

"Siapa awak cakap kejam ni? Kalau awak tak suka saya pasal saya ni gemuk, saya tak kisah. Saya boleh terima. Saya dah lali dengan semua ni. (Fazira mula menangis) Tapi tolong jangan cakap papa kejam... papa tu terlalu sayangkan awak. Dia sanggup buat apa je untuk awak. Dia serahkan syarikat pada awak.." - Fazira

(Yusry meninggikan suara) "Dia paksa saya kahwin dengan awak! Jangan ingat harta benda boleh beli perasaan orang, Fazira. Awak pun sama dengan papa awak. Kejam!!" - Yusry

Selepas Fazira dimasukkan ke hospital

"Kamu lah punca segalanya! Kamu tahu?" - Haji Zaini
"Oh.. semua salah Aie. (Yusry meninggikan suara) Ayah yang terhutang budi pada Ayah Man - salah Aie? Ayah buat perjanjian.. tak bagi tau Aie - salah Aie jugak? Hah? Apa lagi salah Aie? Aie selamatkan Fazira pun - salah Aie jugak!?" - Yusry

(Haji Zaini menempeleng Yusry) "Yusry!!" - Haji Zaini
(Yusry bercakap perlahan) "Kalau Aie tahu.. Aie takkan selamatkan Fazira. Biar dia mati!!" - Yusry

(Yusry memandu kereta meninggalkan ayahnya)

Dalam kereta - pesan ibu

(Yusry berhenti memandu dan terdengar 'suara' ibunya)

"Inilah satu-satunya hero mak. Dia baik.. berani.. Hensem (ketawa). Aie.. mak ada buatkan Aie pengat pisang. Aie balik, makan dengan ayah ye?" - Ibu Yusry

(Yusry terus pulang ke rumah dan mendapati ayahnya sedang menghembuskan nafasnya yang terakhir)

Yusry - 6 bulan selepas kematian bapa dan kehilangan Fazira
Munculnya Erra
Kenangan semasa kecil

"Bagi kita layang-layang ni?" - Fazira
"Mana boleh. Ni kita punya" - Yusry
"Nak juga, nak juga, nak juga..." - Fazira

"OKlah. Tapi kalau awak nak layang-layang ni, bagi kita cengkerang ni dulu. Tapi, kalau awak tak kawan kita lagi.. awak bagi balik layang-layang tu kat kita" - Yusry
"OK. Yay.. ada layang-layang.." - Fazira

"Saya rindukan Fazira yang dulu" - Yusry



Filem lain: A|B|C|D|E|F|G|H|I|J|K|L|M|N|O|P|Q|R|S|T|U|V|W|X|Y|Z Mula


Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com) merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era 2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Penghargaan
Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat dalam laman web ini.

Komen & sumbangan

Hantarkan kepada kamal@filemkita.com

Teruskan menyokong dan membangunkan Filem Malaysia. Syabas!


hits
online
Idea, rekabentuk & pengumpulan maklumat oleh Kamal Hakcipta laman web 1999 - 2003 khyswebdesign
Lain-lain hakcipta adalah terpelihara