Sinopsis
Filem ini mengisahkan empat rakan karib
yang terdiri dari Farah, Husin, Adam dan Hamidah telah berjanji untuk berjumpa semula (re-union) selepas sepuluh tahun tamat pengajian di universiti. Sepuluh tahun
telah berlalu, Farah kini bertugas sebagai jurugambar, Hamidah sebagai kolumnis majalah
hiburan, Husin sebagai jurukamera serta Adam sebagai guru muzik.
Kesibukan membuat Farah tidak ada masa untuk bercinta.
Bagaimanapun, Farah mengenali seorang peguam muda bernama Halim
yang merupakan seorang yang terpelajar tetapi malangnya mempunyai karektor yang agak ‘clumsy’.
Seperti dijanjikan, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk bertemu di Pulau Langkawi. Hamidah yang dalam diam menaruh
perasaan terhadap Husin, banyak menghabiskan wang membeli belah beberapa pakaian cantik supaya
kelihatan lebih menyerlah di pertemuan itu nanti. Bagaimanapun
Husin lebih meminati Farah dan bukan Hamidah. Pelbagai cara dilakukan dalam usaha memikat Farah. Selain
Husin, teman wanita Adam bernama Aleya juga cemburu akan hubungan
akrab Farah dan Adam. Pada hakikatnya, hubungan Farah dan Adam tidak lebih dari seorang
sahabat. Perasaan cinta dan kasih sayang adalah gambaran hati dan perasaan
yang amat sukar dikawal hingga seseorang lalai dan hilang pertimbangan diri. Hamidah sanggup melakukan
apa sahaja bagi mencapai cita-citanya mendapatkan Husin. Berjayakah Hamidah melaksanakan niat
buruknya menghapuskan Farah teman akrabnya yang menjadi pilihan hati
Husin? Siapakah gerangan jejaka bertuah pilihan Farah? Halim,
Husin atau Adam?
The movie is based on the relationships of four friends – Farah, Husin, Adam and Hamidah – who promise to meet again 10
years after their graduation. A decade later, Farah is a successful photographer, Hamidah is an entertainment
magazine columnist, Husin has become a cameraman and Adam is a music tutor. A comedy of errors follow when the bunch, who
each has personal problems, meet in Pulau Langkawi. Farah’s busy schedule does not permit her to fall in love, though she
is acquainted with Halim, a bright but bumbling lawyer. Then there’s Husin who has sacrificed much while taking care of his
paralysed mother. Hamidah, on the other hand, has long fancied Husin, and dresses to kill for the reunion and
does everything she can to attract his attention. As for Adam, he has a jealous girlfriend in Aleya who is envious of the close ties
between her beau and Farah, though the duo’s relationship is purely platonic.
Pengarah
Rashid Sibir
Penulis
Rashid Sibir
... Cerita & Lakonlayar
Pelakon
Nasha Aziz ...
Farah
Saiful Apek ... Husin
Hans Isaac ... Adam
Shanie ... Hamidah
Ako Mustapha ... Halim
Erma Fatima ... Profesor
Fauziah Nawi ... Ibu Husin
Jojo ... Aleya
Norlia
Ghani ...
Jasmin Hamid ...
Umie Aida ...
Aqasha ...
Wan Maimunah ...
Rosnah Mat Aris ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Gayatri
Su-Lin Pillai ... Penerbit Eksekutif
Tayangan
Unggul Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Cinta
Luar Biasa
Jenis cerita: Komedi / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
23 September 2004
|
|
|
Urusniaga
Kos
pembikinan filem: RM1.2 juta
|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Tarikh mula penggambaran: 28 Jun
2003
Tarikh tamat penggambaran: 5 Ogos
2003
Antara lokasi penggambaran: Pulau
Langkawi (Bandar Kuah, Pantai Chenang, Langkawi Lagoon
Resort, Burau Bay);
Kuala Lumpur
|
|
| VCD
& Soundtrack
[gambar]
Video CD
Pengedar: Golden Satellite
No. Siri: GPI 138
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini. Terima kasih khas kepada MyArtis.com (sinopsis).
|
|