Sinopsis
Kisah bermula apabila seorang jurugambar, Haris dengan tidak sengaja bertemu adiknya, Irwan dalam satu
majlis makan malam. Mereka berkenalan dengan Azlin setelah
berjaya menangkap pencuri beg tangannya. Irwan sebenarnya adalah seorang kaki perempuan yang cuba mencari
perhatian Azlin, walaupun dia mempunyai sugar mummy bernama
Monisa. Haris kurang senang dengan sikap adiknya, terutama apabila kekasihnya
Nurul turut digoda oleh Irwan. Rizal, pencuri beg tangan Azlin
memberitahu Haris dan Irwan tentang wang palsu yang dimiliki
oleh Azlin. Abang Azlin, Farouk, akhirnya mendapat tahu bahawa
rahsia sindiket wang palsunya telah terbongkar lalu menyuruh
kuncu-kuncunya memburu Haris, Irwan, Rizal, Nurul dan Monisa
hingga memaksa mereka semua melarikan diri ke luar negara.
Pengarah
Zulkeflie M.
Osman
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Norman (KRU)
... Haris
Yusry (KRU) ... Irwan
Edry (KRU) ... Rizal
Vanida Imran ... Nurul
Emylia Rosnaida ... Azlin
Jalaluddin Hassan ... Farouk
Noreen Noor ... Monisa
Sheila Mambo ...
Nana Nurgaya ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Julie Dahlan
... Penerbit
JD Production Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Cinta Metropolitan
Judul asal:
Putera II
Jenis cerita: Aksi / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Warna
|
|
|
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran:
Thailand & Indonesia
|
|
| TriviA
Kumpulan KRU bersetuju berlakon filem ini dengan syarat judul asalnya Putera II ditukar kepada judul lain. Sebelum ini Julie Dahlan
pernah menerbitkan filem Putera (1994).
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|