Sinopsis
Irda yang mewarisi bakat seni daripada ayahnya Pak Haron telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar
cita-citanya menjadi penyanyi. Walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, pujukan Kathy sepupu
kepada Irda berjaya menyelesaikan kesulitan itu. Di Kuala Lumpur, Irda terpaksa turun naik syarikat
rakaman hingga hampir dirogol. Impiannya hampir menjadi kenyataan setelah bertemu
Ilham, komposer terkenal yang percaya dengan bakat Irda dan bercadang untuk muncul berduet
dengannya. Perkenalan tersebut membuahkan bibit cinta di hati pasangan ini. Tetapi hubungan dan cinta mereka menjadi rumit
apabila tidak mendapat restu orang tua Irda, lebih-lebih lagi ibu Irda, Mak Lijah yang cukup anti dengan
insan seni.
Irda, who
inherited her singing talent from her father, decides to go to
Kuala Lumpur to pursue her dream, despite the objection of her
mother. But she soon found out that everything has a price, and
she was almost raped because of this. However, hope knocks at
her door, when she meets Ilham, a popular composer who sees
potential in Irda and offers her a chance to do a duet with him.
What started off as a professional relationship soon blossom
into love. Unfortunately, their joy was not shared by Irda’s
mother, who bears a deep grudge against the people involve in
the entertainment business.
Pengarah
Azman Mohd Yusof
Penulis
Tiada maklumat
Pelakon
Salehuddin Hasan ... Ilham
Surni Salasan ... Irda
Abu Bakar Omar ... Pak Haron
Kartina Aziz ... Mak Lijah
Jasmin Hamid ... Kathy
Yusof Chong ... Andy Jeffry
Aneesa ... Tricia
Opie Zami ...
Pekerja (crew)
Tiada maklumat
Penerbit
Mohd Tarmizi Mohd Yusoff
...
Penerbit
Dreamwalk Sdn Bhd ...
Syarikat Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Cinta Tiada Restu
Jenis cerita: Muzikal / Romantik
Bahasa: Melayu

|
|
|
Tayangan
Tarikh mula tayangan umum:
27 September 2001
|
|
|
Urusniaga
Kutipan jualan tiket: RM37,272.70
|
|
|
Teknikal
Jenis filem: Video
Digital (asal) / 35 mm
Corak filem: Warna
Tempoh tayangan: 105 minit
|
|
| TriviA
Filem ini telah dikecualikan daripada menyertai Festival Filem Malaysia ke-15 kerana masalah teknikal.
|
|
| Lagu &
lirik
Judul lagu tema:
Cinta Tiada Restu
Penyanyi: Saleh & Surni
Tiada yang terlintas di hatiku ini
Ingin mengupas isi kisah yang lama
Tiada sengaja kuhampiri diri
Terusik ikatan pembalut luka
Tiada kuduga bayu yang sederhana
Bara lama berapi semula
Usah dikau bicara mungkinkah luka berdarah kembali
Biarlah menikmati dari hari ke hari
Bila tiba masa ku tetap pergi jua
Seperti embun ditawan kepanasan sang suria
Walaupun jiwaku telah kau miliki
Namun kesepian tetap kurasai
Jasadku terikat pada yang terdahulu
Tak mungkin kusetia padamu
Usah kita bicara apakah ada penghujungnya
Biarlah menikmati dari hari ke hari
Bila tiba masa ku tetap pergi jua
Seperti embun ditawan kepanasan sang suria
Jika diriku terpaksa kau tinggalkan
Janganlah sekali kita menyesali
Telah kumenduga
Tak mungkin berkekalan
Cinta yang tiada direstui
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: -
No. Siri: -
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|