Sinopsis
Awang Janggut
ialah cucu kepada Datuk Merah, seorang panglima yang terkenal
lagi terhormat di Terengganu suatu ketika dahulu. Awang sering berbangga dengan asal
keturunannya itu. Dia tidak mahu membuat kerja-kerja biasa di
kampung walaupun terpaksa hidup susah bersama isterinya Wan
Kuntum. Mereka tinggal bersama-sama seorang pembantu di sebuah
rumah pusaka yang besar tetapi kosong. Kesukaan Awang ialah
memelihara seekor ayam sabung bernama Jalak. Pada suatu hari,
Awang telah menyelamatkan Siti Molek dari gangguan pemuda
kampung bernama Long Daik. Siti telah memujuk ayahnya, orang kaya
Hassan supaya mengambil Awang bekerja sebagai pengawal
keselamatan mereka. Walaupun tahu Awang sudah beristeri, Siti
telah menggoda Awang supaya suka kepadanya. Sementara itu, Wan
Kuntum yang sedang hamil sering ditinggalkan keseorangan di
rumah. Awang Janggut tidak lagi mempedulikan isterinya kerana
leka melayan Siti Molek. Akibat kecuaiannya sendiri, Wan Kuntum telah
keguguran lalu jatuh sakit. Mak Dukun berusaha mengubati Wan
Kuntum dengan akar ubat-ubatan. Long Daik yang menyimpan dendam
terhadap Awang telah mengambil kesempatan itu dengan memberikan
akar puaka kepada Mak Dukun dengan menyatakan bahawa ia adalah
kiriman Awang Janggut yang sedang berada di hutan. Mak Dukun pun
merebus akar tersebut dan memberi minum airnya kepada Wan Kuntum.
Kesan akar puaka itu telah membawa kepada tragedi yang bakal
mengorbankan nyawa Wan Kuntum... dan juga nyawa Awang Janggut!
Pengarah
M. Amin
Penulis
Ali Aziz
... Lakonlayar & Dialog
M. Amin ... Lakonlayar & Dialog
Pelakon
Nordin Ahmad
... Awang Janggut
Latifah Omar ... Wan Kuntum
Roseyatimah ... Siti Molek
A. Rahim ... Long Daik
Yem Jaafar ... Hassan
Dollah Sarawak ... Pak
Hanif
Rahimah Alias ... Inang
Minah Yem ... Mak
Dukun
M. Osman
... Wan Embong
Mansor ...
Pekerja (crew)
A. Lam
Shoon Kong ... Penyelia Penerbitan
A.
Rahim ... Penasihat Aksi Pertarungan
Ahmad Kabri ... Penolong Jurukamera
George Peterson ... Penolong
Penyunting Filem
Hsu Chiao Meng ... Jurukamera
Jamil Rais ... Penyunting Rakaman
Suara
JS Anthony ... Pengarah Seni Lukis
K. Rajoo ... Juruhias
Kang Kee Chye ... Pengurus Makmal
Lim Jew Wee ... Juru Bangunan
Mat Sentol ... Penolong Juru Seni
Ng Cheng Liat ... Penolong
Penyunting Filem
Norsiah Yem ... Pereka Tari
PV
John ... Penyunting Filem
Raheem
A. Jailani ... Penolong Pengarah
Rebo Saripan ... Penolong Jurutera
Bunyi
Tan Peng Suan ... Penjaga Sambungan
VG
Bhaskaran ... Jurutera Bunyi
Wong
Shaur Leei ... Penolong Jurutera Bunyi
Yem Jaafar ... Penolong Pengarah
Zubir Said ... Penggubah Muzik
Penerbit
Ho Ah
Loke ... Penerbit
Loke Wan Tho ... Penerbit
Cathay-Keris Film ... Syarikat
Penerbitan Filem
|
Judul
filem:
Cucu Datuk Merah
Jenis cerita: Drama / Aksi
Bahasa: Melayu

|
|
|
Teknikal
Corak filem: Hitam Putih
Sistem bunyi: Westrex Sound System
Tempoh tayangan: 98 minit
|
|
|
Bikin
filem
Antara lokasi penggambaran:
Terengganu
|
|
| TriviA
Permulaan filem:
"Kami mengucapkan terima kasih kepada Duli
Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan Yang Amat
Mulia Menteri Besar yang telah mengizinkan kami
memilemkan setengah daripada gambar ini di
Negeri Terengganu, dan kami terhutang budi
kepada Inche Ismail bin Kassim serta penari2
Darul Ehsan dan rakyat Terengganu yang
bekerjasama dengan kami".
|
|
| Kaitan
filem
Persamaan
tema dengan filem:
Puaka
(1970)

|
|
| Dialog
"Keturunan datuk nenekku orang terhormat. Takkan aku nak jadi nelayan!?" -
Awang Janggut
|
|
| VCD
& Soundtrack

Video CD
Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 2001.329
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Laman web Filem Malaysia (www.filemkita.com)
merupakan sebuah laman web berasaskan maklumat mengenai
filem-filem buatan Malaysia dan filem-filem Melayu (terbitan
Tanah Melayu/Malaya dan Singapura) sejak tahun 1933 hingga era
2000. Segala maklumat, tulisan, gambar, dialog, senikata dan
klip audio/video adalah hak milik pengeluar filem dan para
karyawan, seniman/seniwati dan penulis yang terlibat. Sebarang
penyalahgunaan bahan-bahan dalam laman web ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Penghargaan
Setinggi-tinggi terima
kasih kepada pihak yang bekerjasama memberi sumbangan ikhlas bagi melengkapkan maklumat
dalam
laman web ini.
|
|